CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, February 12, 2010

MENGHADAPI RASA GEMURUH



Ramai orang menghadapi rasa gemuruh dalam diri. Terutama bila berhadapan dengan seseorang. Gemuruh datang dengan sendirinya. Namun selalunya gemuruh datang apabila situasi yang dialami mungkin juga belum pernah dalam kehidupan seseorang seperti gemuruh bila berhadapan dengan orang yang bergelar audien untuk pengucapan awam.

Sebahagian yang pula gemuruh apabila berhadapan dengan orang lain untuk tujuan-tujuan tertentu seperti appoinment, meeting atau dengan kata lainnya gemuruh untuk berkomunikasi dan bersosial dengan orang lain. Rasa gemuruh ini wujud kerana pelbagai perkara. Kedudukan status, pangkat dan juga latar belakang akademik sedikit sebanyak akan memberikan rasa gemuruh kepada seseorang.

Tetapi rasa gemuruh seumpama ini adalah normaluntuk manusia. Bermakna kita sebenarnya mampu untuk melatih diri agar rasa gemuruh ini dapat dikurangkan. Bahkan jika dilatih dengan sebaik mungkin sudah pasti sikap negatif ini dapat dihilangkan terus dari dalam diri kita.


TIP-TIP HILANGKAN GEMURUH

Personaliti yang meyakinkan

Sememangnya personaliti dan imej yang kemas dan meyakinkan akan memberikan keyakinan untuk anda berhadapan dengan sesiapa sahaja yang bakal anda berbual. Setiap manusia diberikan satu sifat oleh Allah SWT yang akan menilai orang lain dari perspektif luaran. Maka penampilan adalah sangat penting dan amat mempengaruhi diri untuk menjadi gemuruh atau tidak sewaktu memulakan perbualan dengan orang lain.

Sensitif dengan topik semasa

Ramai orang gemuruh kerana tidak tahu cara untuk memulakan perbualan. Apabila kita sensitif dengan topik semasa maka tidak sukar untuk kita mulakan perbualan kerana semua orang juga tahu untuk mengembangkan perbualan dengan topik yang kita mulakan. Tetapi anda akan lebih yakin sekiranya anda buat sedikit ‘homework’ seandainya orang yang bakal anda temui mempunyai latar belakang yang sedikit cerewet.

Jangan menyentuh isu peribadi

Perlu diingat andai anda mula selesa dalam perbualan anda, jangan sampai ter’over’ untuk mengetahui hal-hal peribadi teman bual kita melainkan dia sendiri yang memulakan cerita (untuk luahan perasaan). Maka ketika ini anda boleh terus mendengar dengan empati terhadap apa yang diceritakan.

Gaya bahasa yang tersusun

Dalam berkomunikasi dengan orang lain, gaya bahasa amat penting untuk menarik fokus teman bual terus berbual dan berkomunikasi dengan anda. Lebih-lebih lagi dalam situasi seperti pengucapan awam berbentuk pembentangan, syarahan, ceramah agama atau mungkin juga ceramah motivasi. Keindahan bahasa yang digunakan akan memberikan keyakinan audien untuk terus mendengar dengan teliti apa jua yang bakal disampaikan oleh anda kepada audien anda.

Senyuman dan bahasa tubuh yang ikhlas

Tidak dapat tidak keikhlasan memberikan senyuman adalah sebahagian cara untuk membina keyakinan diri seterusnya menghilangkan rasa gemuruh dalam diri anda. Senyuman yang ikhlas sebenarnya menunjukkan keikhlasan anda dalam memulakan perhubungan komunikasi dengan sesiapa sahaja yang anda temui. Begitu juga bahasa tubuh yang natural dan tidak dibuat-buat menunjukkan bahawa anda ikhlas dalam mendengarkan penjelasan yang diberikan kepada diri anda.

SELAMAT TINGGAL PERASAAN GEMURUH :))))

0 comments: