CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, February 23, 2010

MUTIARA KATA HARI INI.....sebagai renungan bersama

"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."


"Sekiranya seorang manusia dipanggil sebagai seorang penyapu sampah, dia harus menyapu sama sepertimana Michelangelo melukis atau Beethoven memainkan muziknya, ataupun Shakespeare menulis puisinya. Dia harus menyapu dengan begitu baik sekali sehingga semua yang terdapat di syurga dan dunia akan berhenti dan berkata disinilah tempat tinggal seorang penyapu sampah yang paling hebat, yang telah melakukan kerjanya dengan baik sekali."


"Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya."


"Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia." ~ Richard Brinsley Sheridan


"Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi." ~ Confucius


"Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di atas batu dan memulainya sesudah tua seperti menulis di air."


"Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan."


Friday, February 12, 2010

MENGHADAPI RASA GEMURUH



Ramai orang menghadapi rasa gemuruh dalam diri. Terutama bila berhadapan dengan seseorang. Gemuruh datang dengan sendirinya. Namun selalunya gemuruh datang apabila situasi yang dialami mungkin juga belum pernah dalam kehidupan seseorang seperti gemuruh bila berhadapan dengan orang yang bergelar audien untuk pengucapan awam.

Sebahagian yang pula gemuruh apabila berhadapan dengan orang lain untuk tujuan-tujuan tertentu seperti appoinment, meeting atau dengan kata lainnya gemuruh untuk berkomunikasi dan bersosial dengan orang lain. Rasa gemuruh ini wujud kerana pelbagai perkara. Kedudukan status, pangkat dan juga latar belakang akademik sedikit sebanyak akan memberikan rasa gemuruh kepada seseorang.

Tetapi rasa gemuruh seumpama ini adalah normaluntuk manusia. Bermakna kita sebenarnya mampu untuk melatih diri agar rasa gemuruh ini dapat dikurangkan. Bahkan jika dilatih dengan sebaik mungkin sudah pasti sikap negatif ini dapat dihilangkan terus dari dalam diri kita.


TIP-TIP HILANGKAN GEMURUH

Personaliti yang meyakinkan

Sememangnya personaliti dan imej yang kemas dan meyakinkan akan memberikan keyakinan untuk anda berhadapan dengan sesiapa sahaja yang bakal anda berbual. Setiap manusia diberikan satu sifat oleh Allah SWT yang akan menilai orang lain dari perspektif luaran. Maka penampilan adalah sangat penting dan amat mempengaruhi diri untuk menjadi gemuruh atau tidak sewaktu memulakan perbualan dengan orang lain.

Sensitif dengan topik semasa

Ramai orang gemuruh kerana tidak tahu cara untuk memulakan perbualan. Apabila kita sensitif dengan topik semasa maka tidak sukar untuk kita mulakan perbualan kerana semua orang juga tahu untuk mengembangkan perbualan dengan topik yang kita mulakan. Tetapi anda akan lebih yakin sekiranya anda buat sedikit ‘homework’ seandainya orang yang bakal anda temui mempunyai latar belakang yang sedikit cerewet.

Jangan menyentuh isu peribadi

Perlu diingat andai anda mula selesa dalam perbualan anda, jangan sampai ter’over’ untuk mengetahui hal-hal peribadi teman bual kita melainkan dia sendiri yang memulakan cerita (untuk luahan perasaan). Maka ketika ini anda boleh terus mendengar dengan empati terhadap apa yang diceritakan.

Gaya bahasa yang tersusun

Dalam berkomunikasi dengan orang lain, gaya bahasa amat penting untuk menarik fokus teman bual terus berbual dan berkomunikasi dengan anda. Lebih-lebih lagi dalam situasi seperti pengucapan awam berbentuk pembentangan, syarahan, ceramah agama atau mungkin juga ceramah motivasi. Keindahan bahasa yang digunakan akan memberikan keyakinan audien untuk terus mendengar dengan teliti apa jua yang bakal disampaikan oleh anda kepada audien anda.

Senyuman dan bahasa tubuh yang ikhlas

Tidak dapat tidak keikhlasan memberikan senyuman adalah sebahagian cara untuk membina keyakinan diri seterusnya menghilangkan rasa gemuruh dalam diri anda. Senyuman yang ikhlas sebenarnya menunjukkan keikhlasan anda dalam memulakan perhubungan komunikasi dengan sesiapa sahaja yang anda temui. Begitu juga bahasa tubuh yang natural dan tidak dibuat-buat menunjukkan bahawa anda ikhlas dalam mendengarkan penjelasan yang diberikan kepada diri anda.

SELAMAT TINGGAL PERASAAN GEMURUH :))))

Thursday, February 11, 2010

USIA SEMAKIN MENINGKAT........

Hari ini merupakan ulang tahun kelahiranku. Usia semakin meningkat dan adakah ia akan mematangkan aku untuk menghadapi kehidupan yang masih panjang dan penuh dengan onak dan duri. Aku bertekad dalam diri bahawa pada tahun ini aku perlu berubah dan mengecapi apa yang diinginkan dan tidak mahu menghadapi kekecewaan seperti sebelum ini. Aku perlu berusaha dengan lebih kuat dan gigih lagi jika inginkan perubahan dalam hidup. Mampukah aku? Itulah yang menjadi persoalannya. Tidak mustahil bagi aku untuk mengecapi kejayaan jika orang lain mampu melakukannya. Kenapa tidak aku? Aku mesti yakin dengan diri sendiri dan tidak boleh memandang ke belakang lagi. Aku tahu aku perlu kuat dan tabah dalam menempuh hari-hari yang mendatang tanpa perlu gentar......

Terima kasih buat teman-teman yang wish besday pada aku n tq so much untuk shu,aimi dan dira kerana lakonan yang kurang mantap tapi still ok untuk mengenakan aku tadi. Lakonan anda boleh diperbaiki...heheh.. Cuba lagi di lain masa ye kawan-kawan. Korang nak pecah perut tadi sebab lakonan aimi tak. jadi.....hahhaha..Lau apa pun terima kasih sekali lagi kerana ade niat nak mengenakan aku....hehehE

PENGORBANAN SEORANG IBU

Tiba-tiba aku teringatkan ibuku di kampung halaman. Sungguh besarkan pengorbanan seorang ibu terhadap anak-anaknya. Adakah anak-anak mampu untuk menjaga, menyayangi, berbakti kepada ibu setelah dewasa kelak. Ikuti satu kisah pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya.

Masa usia setahun , ibu suapkan makanan dan memandikan kita. Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam. Saat usia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain. Kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil tertawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil. Ketika usia 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh kasih sayang.Kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan. Masuk usia 4-5 tahun, ibu belikan pensil warna dan pakaian. Kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding dan bergolek atas lantai kotor. Saat usia 6 tahun, ibu memimpin tangan kita ke Tadika.Kita ucapkan terima kasih dengan menjerit," Tak mahu! Tak mahu !". Ketika usia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola, kita ucapkan terima kasih dengan memecahkan cermin rumah jiran. Setelah usia 8-9 tahun, ibu menghantar kita ke sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan ponteng sekolah. Di usia 10-11 tahun, ibu menghabiskan masa sehari suntuk dengan kita, kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dan asyik bermain dengan kawan. Menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian menutup aurat, kita ucapkan terima kasih dengan memberitahu bahawa pakaian itu ketinggalan zaman. Ketika menjangkau 18 tahun, ibu menangis apabila tahu kita di terima masuk universiti , kita ucapkan terima kasih dengan bersuka ria bersama kawan-kawan. Menjelang usia 20 tahun, ibu bertanya apakah kita ada teman istimewa, kita katakan,...." itu bukan urusan ibu. Setelah usia 25 tahun, ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan perkawinan kita, ibu menangis dan memberitahu bahawa dia sangat sayangkan kita, tanda kita ucapkan terima kasih dengan pindah jauh darinya. Ketika usia 30 tahun, ibu menelefon memberi nasihat mengenai penjagaan bayi, kita dengan megah berkata,... " itu dulu , sekarang zaman moden ". Ketika usia meningkat 40 tahun, ibu menelefon mengingatkan tentang kenduri di kampung, kita berkata, " kami sibuk...tak ada masa nak datang ". Menjelang usia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya. Kita bercerita tentang kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban bagi anak anak. Dan kemudian suatu hari...kita mendapat berita ibu meninggal, khabar itu mengejutkan.... dalam linangan air mata, segala perbuatan terhadap ibu muncul dalam ingatan satu persatu.... Saat di taman kanak-kanak, ibu menghantar hingga masuk ke dalam kelas,ibu perlu menunggu di sebelah sana. Aku tak peduli sebanyak manapun pekerjaannya di rumah, aku tak perduli hujan, panas atau rasa bosannya ketika menunggu. Aku senang ibu menungguku sampai lonceng berbunyi. Setelah besar, aku sering meninggalkannya bermain dengan teman-teman dan berseronok.Tak pernah aku menemani ibu ketika sakit, ketika ibu

memerlukan pertolongan aku tak pernah ada. Masuk alam remaja, aku sering merasa malu berjalan bersama ibu. Pakaian dan dandannyaku anggap kuno dan tak serasi dengan penampilanku. Bahkan sering kali aku sengaja mendahuluinya berjalan satu dua meter di depannya agar orang tak menyangka aku bersamanya... malu!.. Padahal ibu yang menjagaku sejak kecil, tak pernah memikirkan penampilannya, tak pernah membeli pakaian baru , apalagi perhiasan baru untuknya tapi ibu gunakan untuk membelikanku pakaian yang bagus-bagus agar aku kelihatan cantik. Ibu mengangkat tubuhku ketika aku jatuh, membasuh luka di kaki dan mendekapku erat-erat saat aku menangis. Mulai masuk di Intitut pengajiaan tinggi, aku makin jauh dengannya. Aku pintar dan cerdas sering kali menganggap ibu orang bodoh dan tak mengerti apa-apa. Ibu yang ku anggap bodoh, tak berwawasan , tak mengerti apa-apa, dan bukan orang berpendidikan, doa di setiap sujudnya, pengorbanan dan cintanya tak pernah terhenti sedetikpun untuk anak-anaknya. Semua kenangan itu muncul satu persatu di fikiranku. Dalam linangan air mata yang sudah terlambat, terus mengalir kedukaan dan penyesalan. Dan anda sekarang yang masih mempunyai ibu disamping jangan menjadi seperti aku....seperti ku dulu, memilih untuk memberikan perhatian padanya nanti,tapi sudah terlambat. Benar bahawa kasih Ibu kepada anaknya tak terbatas.....pengorbanan ibu jika dihitung takkan terbalas oleh seorang anak..


Tuesday, February 9, 2010

OTAK MANUSIA DAN KEAJAIBANNYA

Kita semua mempunyai 10 hingga 15 billion neuron di dalam otak? Jumlah yg sebegini banyak melebihi dua kali ganda seluruh penduduk dunia. Jika dikumpulkan semua otak, ciptaan yg pernah diciptakan oleh manusia sejak dulu lagi hingga kini tidaklah mencapai nisbah yg sepatutnya. Memanglah, kerana jumlah neuron tidak melambangkan kecerdikan seseorang tetapi rangkaian yg menghubungkan antara neuron dengan neuron atau dipanggil sinaps(synapses) itulah yg menentukan tahap kecerdasan tersebut. Namun, meskipun jumlah sinaps yg biasa dalam otak manusia berjumlah sekitar 10 trilion(10,000,000,000,000), tidak semuanya terguna dengan baik kerana kurangnya pengetahuan tentang peranan imaginasi merealitikan impian-impian. Dan tahukah anda, 25,000 neuron hanyalah sebesar hujung sebatang jarum.

Mewujudkan imaginasi adalah salah satu daripada peranan otak dalam aktiviti berfikir. Imaginasi yg telah wujud akan melalui beberapa lagi proses internal yg akan menggerakkan anggota-anggota manusia yg lain untuk merealitikan impian-impian yg telah digambarkan itu.

Berat otak lebih kurang 1.5kg iaitu 1/40 drpd berat badan. Ia terbahagi kepada 3 bahagian iaitu otak neocortex, otak mammalian dan otak reptilian.

Pulsa saraf di dalam badan manusia bergerak dengan kelajuan 0.5m sesaat ke 100m sesaat(Heimler & Lockard). Ia kemudian bersambung dengan cabang saraf yg disebut axon dan dendrite. Cabang saraf axon ini akan memancarkan denyutan atau pulsa elektrik untuk memberi isyarat kepada dendrite supaya otak dapat berfungsi.

Otak neocortex terbahagi kepada 2 cerebrum iaitu otak kiri dan otak kanan. Otak kiri dikenali sebagai otak logic manakala otak kanan otak artistic.

Neuron mengandungi bahan sel yg saling bersambung di antara satu sama lain untuk melakukan denyutan saraf dan melakukan proses membuat maklumat di antara satu neuron dengan neuron yg lain.

Dr. Roger Sperry dari Institut Teknologi California pada tahun 1965 telah memberi teori otak kiri dan otak kanan yg dipercayai dan digunakan hingga kini. Dr. Roger Sperry dan Dr. Paul Maclean mendapati manusia hanya menggunakan 10% drpd potensi otak, 90% lg sentiasa menanti untuk dikembangkan.

Fungsi Otak Kanan-Kreatif (Creative)

- Sintesis
- Analogi(membentuk kefahaman sesuatu konsep secara mengaitkan dengan cirri yg serupa)
- Ruang
- Intuitif(kebolehan mengetahui sesuatu dengan tidak melalui proses berfikir yg biasa/mengikut gerak hati)
- Holistik(kebolehan memahami idea secara keseluruhan)
- Bentuk / Corak / Pola / Lukisan / Rentak / Muzik / Imej / Visual / Gambar
- Imaginasi
- Kreativiti (kebolehan menyusun idea-idea dengan cara baru dan imaginative)
- Global
- Interaktif
- Gerakan / tarian
- Melihat perhubungan dan keseluruhan
- Amalan
- Serentak (kebolehan memproses lebih drpd satu jenis aktiviti minda dalam satu masa)
- Visi
- Perkongsian / Kerohanian
- Bunyi semula jadi
- Emosi(perasaan)
- Konkrit

Fungsi Otak Kiri-Logik(Logic/Numerical)

- Bahasa / Lisan
- Terancang dan berstruktur
- Bukan gerakan
- Pengiraan
- Penulisan
- Melihat Bahagian-bahagian
- Teori
- Mengawal perasaan
- Analisis
- Simbolik
- Abstrak
- Sekuens (turutan)
- Rasional
- Digital
- Logik
- Fakta
- Terperinci
- Perancangan
- Prosedur
- Ulangan
- Pengelolaan
- Lelurus (linear)”


Itulah kekuasaan Allah dalam ciptaan manusia.

Anda boleh aktifkan otak anda dan rangsang kreativitinya dengan pemakanan dan nutrien sihat, permainan berfikir, aktiviti minda dan percambahan minda, rekacipta inovasi, dan perbagai jenis aktiviti sihat dan positif.

Paling penting dalam membentuk minda sihat ialah "THINK POSITIVE"

KADANG-KADANG??????

Kadang-kadang kita lupa nak tanya khabar si dia

Kadang-kadang kita selalu ingat dia tak ingat kita

Kadang-kadang kita selalu lupa segala kenangan bersama

Kadang-kadang kita hanya ingin tahu daripada mengambil tahu

Kadang-kadang kita hanya pandai berkata-kata daripada melakukannya

Kadang-kadang kita tak sedar yang ramai orang menyayangi kita

Kadang-kadang kita tak sedar yang kita sakitkan hati kawan kita

Kadang-kadang kita tak sedar yang kita membuatkan seseorang kecewa

Kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita katakan itu yang kita lakukan

Kadang-kadang kita tak tahu ada yang ambil berat tentang kita

Kadang-kadang kita tak tahu yg dia tak suka kita

Kadang-kadang kita tak tau pula yg serius itu benar2 serius

Kadang-kadang kita tak respect kawan kita yg byk membantu kita

Kadang-kadang kita hanya akan ingat seseorang bila kita memerlukan

Kadang-kadang kita akan lupa kawan bila kita sedang gembira

Kadang-kadang kita akan menyalahkan seseorang jika ketinggalan sesuatu berita

Kadang-kadang kita akan menyalahkan seseorang walhal kesalahan itu berpunca drp kita

Kadang-kadang kita akan utamakan yg baru drp yg lama

Kadang-kadang kita akan tersentap kalau si dia menegur kita

Kadang-kadang kita cakap kita takkan begitu padahal kita lakukan juga

Kadang-kadang kita cuba melakukan yang terbaik padahal kita menyusahkan orang lain

Kadang-kadang kita suka memerhati drp kita menegur

Kadang-kadang kita mengharapkan pertolongan tanpa kita meluahkannya

Kadang-kadang kita sentiasa kelihatan happy padahal hanya kita saja yg tahu

Kadang-kadang kita hanya nampak kesalahan orang lain drp kesalahan diri kita

Kadang-kadang kita senang lupa jasa sahabat kita akibat sesuatu pertelingkahan kecil sahaja

Kadang-kadang kita selalu ingat kita saja betul

Kadang-kadang kita sukar mendengar pendapat orang lain

Kadang-kadang kita selalu fikir sesuatu yg serius itu sesuatu yg remeh temeh

Kadang-kadang kita terlalu berfikiran singkat tanpa memikirkan kesudahannya.


FIKIR-FIKIRKANLAH

Saturday, February 6, 2010

MARAH?????? BAGAIMANA MENANGANINYA?

Apakah itu marah?


• Marah adalah sejenis emosi semula jadi yang biasanya bersifat NEGATIF
• Marah boleh bersifat dari sedikit keresahan hingga menjadi ganas dan tidak terkawal
• Marah secara umumnya boleh diterima masyarakat tetapi bukan marah yang tidak terkawal

Apa yang berlaku apabila anda marah?

• Degupan jantung meningkat
• Tekanan darah meningkat
• Pernafasan menjadi cepat dan pendek
• Mengalami ketegangan otot-otot
• Paras hormon (adrenalina dan noradrenalin) meningkat menyebabkan pergerakan
badan terasa kuat dan pantas

Bagaimana perasaan marah timbul?

Perasaan marah akan tercetus apabila berlaku gangguan yang berpunca daripada seseorang, sesuatu peristiwa atau kebimbangan dalam hidup anda. Kemarahan boleh berpunca dari faktor luaran apabila seseorang atau suatu peristiwa yang menyebabkan anda berasa gelisah dan seterusnya merasa terancam. Kemarahan boleh berpunca dari dalam diri anda sendiri apabila memikirkan atau teringat sesuatu peristiwa yang menyebabkan anda rasa marah.

Kenapa anda merasa marah?

Anda terasa marah apabila tidak dapat mengawal atau menggubah sesuatu yang anda benci. Perasaan benci mengakibatkan keresahan dan ini merupakan perasaan marah yang sederhana. Tuntutan atau permintaan di luar batas kemampuan anda untuk melaksanakannya akan mencetus keadaan marah yang lebih teruk. Contoh: Hadir lewat ke sekolah sudah amat meresahkan dan membimbangkan, apatah lagi terkandas di dalam kesesakan jalan raya yang menyebabkan kelewatan hadir di sekolah akan menambahkan lagi tahap kemarahan. Memburukkan lagi keadaan, bayangkanlah anda terlewat untuk menduduki peperiksaan.

Bagaimana cara anda menilai sesuatu keadaan yang menentukan perasaan marah anda.

Perasaan marah akan menjadi lebih teruk jika mempunyai anggapan negatif dan tidak rasional.

Apakah kebiasaan punca kemarahan?

• Dicederakan
• Ditipu

• Dipanggil dengan gelaran yang mengaibkan

• Terbiar tanpa diendahkan
• Hilang upaya mengawal

• Keadaan tertekan dan tuntutan di luar kemampuan


Adakah satu kebiasaan bila dilanda perasaan marah?

Perasaan marah adalah suatu emosi yang normal serta reaksi tindak balas semula jadi terhadap sebarang ancaman dan ketidakselesaan. Di kala menghadapi ancaman, kemarahan berupaya menjadikan seseorang bertenaga untuk melawan atau mempertahankan diri. Oleh yang demikian perlu mempunyai perasaan marah yang terkawal demi untuk kebaikan diri sendiri.

Kenapa perlu mengawal perasaan anda?

Undang - undang dan etika sosial telah menetapkan batasan untuk membolehkan anda meluahkan perasaan marah anda. Ingkari ketetapan berkenaan akan mengakibatkan anda melanggar undang - undang dan tersisih dari masyarakat. Apabila perasaan marah tidak diuruskan dengan sewajarnya, seseorang boleh mengalami luka secara fizikal dan emosi akibat tindak balas orang lain, sekiranya keadaan berlaku suasana perasaan marah yang tidak terkawal.

Apakah kesan marah kepada anda?

Selain sebagai keselamatan, marah juga boleh membahayakan diri anda sendiri. Marah akan mendorong anda bertindak secara ganas dan mengikut kehendak hati semata-mata dan ini akan mengakibatkan kecederaan berlaku kepada orang ramai, termasuk diri anda sendiri. Perasaan marah yang dipendam akan juga mengundang masalah, terutama sekali berkaitan dengan jalinan perhubungan. Seseorang yang tidak meluahkan perasaan marah secara terbuka akan menjadikan dirinya:
• Bersifat negatif
• Suka mengkritik

• Bersifat mengejek/ Suka menyindir

• Bersifat ganas

Bagaimanakah anda menerima kesan buruk akibat perasaan marah anda?

Kecederaan fizikal dan emosi yang anda lakukan terhadap orang lain akan menyebabkan anda terasa bersalah dan seterusnya menyakitkan hati anda sendiri, ataupun menyebabkan tindakbalas daripada orang lain (contoh: mereka mencederakan anda kembali). Perasaan marah yang berpanjangan boleh menyumbang kepada penyakit darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit angin ahmar (strok). Gangguan psiko logikal boleh berlaku akibat perasaan marah yang terlalu kerap dan teruk.

Bagaimana anda boleh menangani kemarahan anda?

3 cara yang anda boleh lakukan iaitu:
• Meluahkannya
• Menahannya
• Menenangkan diri


Bagaimana anda meluahkannya?

Meluahkan perasaan marah anda dengan secara wajar (tegas, yakin dan terkawal) adalah cara yang paling terbaik dan berkesan. Untuk melakukannya, anda perlu tahu bagaimana cara untuk meluahkan apa yang anda rasai sejelasnya, apa kehendak anda dan bagaimana untuk memenuhinya tanpa mencederakan orang lain. Bertindak tegas bukan bermaksud bersikap menolak atau terlalu menuntut; ia bermaksud menghormati diri anda sendiri dan orang lain.

Bagaimana anda menahannya?

Anda boleh menahannya dengan tidak memikirkan perkara berkaitan dan memalingkan pemerhatian anda terhadap hal lain. Tujuannya adalah untuk mengubahkan perasaan marah anda kepada perilaku anda yang lebih membina. Bahaya yang timbul akibat menahan kemarahan ialah ianya boleh menjejaskan diri anda sendiri. Dalam hal ini anda berkemungkinan boleh mendapat penyakit darah tinggi, sakit gastrik, sakit badan atau mengalami kemurungan.

Bagaimana untuk menenangkan diri anda?

Anda boleh menenangkan diri anda dengan mengawal perilaku luaran dan tindak balas dalaman anda:
• Panjangkan serta perlahan kan tarikan nafas anda
• Perlahan kan atau hentikan pergerakan anda supaya kadar degupan jantung anda dapat
diturunkan
• Kendurkan atau legakan otot-otot anda
• Kenal pasti pemikiran anda yang negatif dan tidak rasional, kemudian cuba alihkan kepada pemikiran positif dan membina
• Kenal pasti pemikiran yang positif dan juruskan pemerhatian terhadapnya • Berjenaka untuk menghilangkan perasaan marah
• Beralih dari persekitaran dan sumber yang menyumbang kepada perasaan marah anda

Bagaimana menangani kemarahan orang lain?

Kenal pasti perasaan marah mereka. Tenangkan diri anda. Tinggalkan tempat tersebut jika anda rasakan keselamatan anda terancam.

Bagaimana mencegah orang lain menjadi marah?

Berwaspada terhadap hal - hal yang boleh menyebabkan orang lain marah Elak la kukan perkara - perkara yang biasa membuat orang lain marah

Di manakah anda boleh mendapat pertolongan:
• Ahli keluarga
• Kawan
• Guru

• Kaunselor
• Pakar Psikologi

Wednesday, February 3, 2010

SANTAI MINDA

Jom kita menguji tahap kecekapan minda dalam berfikir soalan teka-teki. Hilangkan stress dan tinggalkan kerja anda buat seketika. Buat seketika je tau jangan tinggalkan tugasan yang perlu anda buat tu....hehehe

Soalan:
  1. Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang
    makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan.
  2. Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam
    kebakaran disebuah kedai?
  3. Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah.
    Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau,
    biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada
    semua stokin tersebut?
  4. Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita
    baring dia berdiri tapi bila kita jalan dia pun
    ikut sama. Nak tinggal tak boleh pulak tu.
  5. Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam
    2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk
    memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok
    getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya
    pokok apa tumbuh dulu?



Jawapan :
  1. Donut
  2. Buah keranji sebab dalam perahu, pisang emas sebab dibawa belayar. buah cempedak di luar pagar.
  3. Stoking jadi basah la...
  4. Tapak kaki kitalah
  5. Dua-dua tak tumbuh, sebab ditanam separuh je...huhu
INI SEBAGAI HIDURAN SEMATA-MATA YE...HEHE

TIP DALAM PERSAHABATAN

Hari ini tiba-tiba terfikir mengenai persahabatan. Persahabatn yang terjalin memberi seribu satu pengalaman suka dan duka yang sukar untuk dilupakan. Apa yang penting persahabatan itu mestilah ikhlas dan dibina atas dasar kejujuran untuk bersahabat dan bukanya bak kata pepatah melayu "ADA UDANG DI SEBALIK BATU". Saya ingin berkongsi bersama rakan-rakan mengenai tip dalam persahabatan melalui petikan dari sebuah artikel di intenet....

Friendship is an onion. It has many layers in it. Adds taste to your life, but if you try to cut it you will get nothing but tears!”

10 K dalam PERSAHABATAN

* KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sesebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap, “uhibbuka/i fillah” (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah (insyaAllah).

* KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita, insyaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.

* KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.

* KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap kita, kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan, insyaAllah.

* KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam persahabatan juga, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, berani juga dalam menasihati sahabat kita. kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka kan?

* KEJUJURAN juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan .

* KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika kita yang bersalah, janganlah malu untuk meminta maaf daripada mereka kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat.

* KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka.

* KEGEMBIRAAN. Begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.

* KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, “Kau cantik, aku mesti cantik,” “Kau kaya, aku pun kena kaya”. Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham..

Tip-tip ini boleh dijadikan panduan dalam membina persahabatan yang sejati dan berpanjangan.

Saya cukup berminat dengan lagu yang di sampaikan oleh Hijaz yang bertajuk "KAU SAHABAT KAU TEMAN". Apabila mendengar lagu ini saya terasa tersentuh dan terfikir bagaimana saya akan menghadapi jika sahabat yang disayangi meninggalkan kita. Walau apapun kita harus menerimanya dengan redha. Hayatilah lirik lagu itu.......

KAU SAHABAT KAU TEMAN (HIJAZ)

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati