CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, March 10, 2010

KISAH TELADAN :IBUKU SEORANG PEMBOHONG


Sekali lagi saya membawakan kisah seorang ibu dalam blog ini. Ikutilah kisah teladan ini yang memberi 1001 pengajaran yang bermanfaat untuk insan yang bergelar anak. Hargailah segala jasa dan pengorbanan yang telah ibu anda lakukan selama membesarkannya. Hargailah ibu selagi mereka masih bernafas. Kisah ini saya petik dari sebuah laman web yang sesuai untuk dibaca oleh semua golongan.



Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!!...

Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga.

Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik.

Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi..

Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.



Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak.

Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih denagn beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.



Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.

Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih saying ibu yang jauh lebih kental.
Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.

Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu.
Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya.
Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara.
Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.
Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta.
Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan.

Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menhadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus.
Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebi dari segala-galanya, tapi tidak pernah sealipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…





SAYA SAYANG IBU, SAYA SAYANG IBU,SAYA SAYANG IBU SEPENUH JIWA DAN RAGA..

APAKAH TANGGUNGJAWAB INSAN YANG BERGELAR PELAJAR???

Sebagai seorang pelajar, terdapat pelbagai tanggungjawab yang perlu dipikul termasuklah tanggungjawab terhadap diri sendiri, guru, negara, ibu bapa dan sebagainya. Mari kita ikuti beberapa tanggungjawab yang harus dipegang oleh seorang pelajar.


TANGGUNGJAWAB PELAJAR TERHADAP DIRI SENDIRI.

- Menjaga kebersihan diri, termasuklah kebersihan fizikal, mental dan rohani.

- Bersopan,jujur dan amanah.

- Menghargai masa dan menepati masa.

- Berjimat cermat.

- Bersifat sederhana dan tidak sombong.

- Sabardan bertolakansur.

- Menghormati hak asasi orang lain.

- Berani dan cekal hati.

- Berdedikasi dan berdikasi.

- Berjuang mencapai kecemerlangan dalam semua bidang.


TANGGUNGJAWAB PELAJAR TERHADAP AGAMA.

- Taat kepada perintah Tuhan.

- Mempertahankan kesucian agama.

- Mendalami dan mengamalkan ajaran agama dalam kehidupan harian.

- Menuntut ilmu sebagai memenuhi tuntutan agama.

- Menyebarluaskan nilai-nilai murni keagamaan di kalangan masyarakat.


TANGGUNGJAWAB PELAJAR TERHADAP KELUARGA.

- Menghormati orang-orangtua dan ibu-bapa.

- Memupuk hubungan yang baik sesama ahli keluarga.

- - Memenuhi hasrat dan cita-cita keluarga untuk menjadi seorang yang berpendidikan dan bermoral tinggi.

- Menjaga nama baik keluarga.

- Menghormati sahabat / kenalan keluarga.


TANGUNGGJAWAB PELAJAR TERHADAP MASYARKAT.

- Tolong menolong dan bekerjasama.

- Menghormati orang-orang yang lebih tua.

- Bertolak ansur, pantang larang dan adat resam suku bangsa lain.

- Bersefahaman dan sabar.

- Melibatkan diri dalam aktiviti khidmat masyarakat / kebajikan.

- Bersifat kasihan terhadap sesama manusia dan haiwan serta alam sekitar.

- Memelihara kerukunan hidup berjiran.

- Mempertahankan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia daripada pencemaran budaya.


TANGGUNGJAWAB PELAJAR TERHADAP MAKTAB.

- Mematuhi dan menghormati peraturan-peraturan maktab.

- Menghormati guru-guru kakitangan.

- Belajar bersungguh-sungguh.

- Menaikkan imej maktab dalam semua bidang.

- Memupuk dan menghayati nilai-nilai moral tinggi.

- Bekerjasama dan bersatupadu.

- Menceburi aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh maktab.

- Mengguna dan menghargai kemudahan yang disediakan oleh MARA dengan baik.


TANGGUNGJAWAB PELAJAR TERHADAP GURU:

- Menghormati guru sebagai sumber pengetahuan.

- Bersopan terhadap guru.

- Bersedia memberi kerjasama dan bantuan.

- Mematuhi arahan guru (yang tidak bertentangan dengan kehendak agama).

- Menjaga perasaan guru.

- Menerima teguran guru dengan positif.


TANGGUNGJAWAB PELAJAR TERHADAP NEGARA:

- Mencintai negara dan bersedia untuk berkhidmat dan mempertahankan negara.

- Mematuhi undang-undang.

- Mengamalkan Prinsip Rukunegara.

- Menjaga kemudahan-kemudahan awam.

- Menjaga dan menaikkan imej negara .

- Memelihara perpaduan dan kerukunan hidup rakyat Malaysia.

- Memelihara dan mempertahankan keindahan semulajadi Negara.


SEMOGA ANDA MENJADI PELAJAR YANG BERTANGGUNGJAWAB!!

Tuesday, March 9, 2010

CARA TIDUR

4 CARA TIDUR





1. TIDUR PARA NABI

Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian
Langit Dan bumi.


2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH

Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan
Terjaga untuk solat malam...



3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA

Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan
Makanan yang banyak dimakan.


4. TIDUR SYAITAN

Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

SEMOGA TIDUR ANDA MEMPEROLEH KEBERKATAN DAN MANFAAT


Sunday, March 7, 2010

KATA-KATA HIKMAH








DI MANA PUSAT KEHEBATAN DIRI ANDA !!!!

Setiap dari kita sentiasa mencari-cari di mana terletak kekuatan diri.

Sebagai bandingan sesuatu peralatan elektrik atau mesin ada yang meghidupkannya. Iaitu suis atau starter . Dengan memetik suis ,lampu akan bernyala dan enjin akan dihidupkan.

Di mana terletaknya suis bagi kuasa kehebatan manusia. Ia adalah di HATI SANUBARI setiap orang. Sumber kuasa utama adalah di hati. Keyakinan, kepercayaan dan keimanan seseorang adalah terletak di hati.Maka hatilah suis yang akan menjana kehebatan manusia.

Petik sahaja suis di hati anda, tentang apa sahaja keinginan anda . Maka segala tenaga dari setiap getaran sel yang berputar lawan jam iaitu 100 000 km per saat dari diri kita akan pantas menuju kepada kehendak yang membara di hati seseorang.

Setelah suis dah dipetik ia akan menghasilkan tenaga yang maha hebat. Suis ini bermula dengan niat yang dibentuk dalam diri seseorang. Niat adalah seperti tangan yang memetik suis tersebut.

Bagaimana untuk memastikan tenaga ini berkekalan supaya apa yang diniatkan (MATLAMAT) dapat dicapai?

Ianya adalah melalui ikrar yang diulang-ulang pada setiap hari. Kaedah ini telah diamalkan sewaktu kita menunaikan sembahyang 5 waktu. Iaitu semasa doa iftitah kita sering sebut yang bermaksud:

Sesungguhnya solatku, ibadahku, Hidupku dan matiku kerana Allah
Tuhan seluruh semesta alam.


Janji ikrar ini sentiasa kita perbaharui setiap solat 5 waktu sehari semalam. Begitu indah sekali ajaran Islam yang mengajar kita untuk mencapai setiap kejayaan perlu ada JANJI DIRI untuk memastikan kekuatan rohani bagi mencapai sesuatu matlamat.

Jadi apa sahaja keinginan anda selagi tidak melanggar syarak, maka pastikan anda sentiasa melafazkan ikrar untuk mencetuskan tenaga maha hebat yang dibekalkan dalam diri anda. Janji diri akan melahirkan kekuatan dan kemantapan hati yang menjadikan anda lebih TABAH (persistence) dalam menempuh apa jua rintangan.

Misalnya anda ingin menjadi seorang penceramah yang hebat maka sentiasa ulangkan perkataan ” Saya janji akan pastikan diri saya akan menjadi penceramah nombor satu di Malaysia” katakan dengan tegas dan sepenuh jiwa raga dan sentiasa diulang-ulangkan paling kurang 5 kali sehari. InsyaAllah , saya amat yakin anda akan berjaya.

17 SEBAB MENGAPA KITA TIDAK PERLU MEMINTA MAAF...

Kalau kita berbuat salah, sudah tentu kita perlu meminta maaf terlebih dahulu. Tetapi ada juga di antara kamu yang sering meminta maaf walaupun hakikatnya bukan kita yang melakukan kesalahan/kesilapan. Demi menjaga hati ataupun sebagai tanda hormat, kamu yang mengalah. Adakah ini patut terjadi sedangkan pihak lain terus tersenyum kerana kamu yang memikul kesalahannya ataupun kamu yang menyerah diri walaupun tahu yang kamu tidak bersalah?
Jangan begitu! Jika ternyata kesalahan bukanlah berpunca dari kamu, adalah menjadi hak kamu untuk tidak meminta maaf. Kami telah mengenal pasti 17 sebab mengapa kamu tidak perlu meminta maaf.

1 – PERASAAN KAMU

Apa yang kamu rasa dan fikir, sepenuhnya adalah hak kamu. Jadi jangan rasa bersalah kalau apa yang kamu rasakan itu menjadi satu kesalahan walaupun mungkin kamu sendiri terpaksa bermasam muka dengan orang lain. Kamu berhak mempertahankan pendapat kamu kerana setiap individu mempunyai sifat ego tersendiri. Bukan semua orang tahu menghargai perasaan kita sebagaimana mereka mahu kamu menghargai perasaannya. Bukan semua orang berupaya menyelami perasaan kamu, selain dari diri kamu sendiri.

2 – LEBIH BERKEBOLEHAN

Mungkin gaji kamu lebih tinggi dari kekasih mu ataupun kamu lebih berkebolehan dalam bidang tertentu berbanding orang-orang yang terdekat dengan kamu. Setiap manusia mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Jika ada orang lain yang tidak dapat menerima keistimewaan kamu, pedulikan saja!! Kamu harus sentiasa berfikiran positif dan menganggap inilah kelebihan yang kamu miliki dan bersyukur dengan kurniaan tersebut. Kalau ada yang mempertikaikan kebolehan itu, katakan saja yang setiap manusia dilahirkan mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri. Jangan takut untuk mengakui kelebihan kamu yang dimiliki kerana anugerah Tuhan tidak harus dipersiakan!

3 – MASA LALU

Jangan meminta maaf di atas keputusan yang pernah kamu laksanakan di masa lalu. Ia adalah kerana apa jua keputusan yang kamu lakukan bergantung pada situasi di saat itu. Walaupun ada yang menentang keputusan yang telah kamu lakukan, jangan cepat tersentuh. Ingat! Kamu tentunya sudah boleh berfikir, mana yang baik dan buruk. Segala keputusan adalah terletak di tangan kamu dan ianya amat mempengaruhi hidup di masa akan datang. Tidak harus meminta maaf kerana bukan kamu tahu apa yang akan berlaku di masa depan kan?

4 – MENJADI PERHATIAN

Bukan semua orang meminta dirinya menjadi perhatian. Kamu jangan risau jika diri mu menjadi perhatian orang. Mungkin ada sebab-sebab tertentu mengapa kamu yang dipilih berbanding dengan orang lain. Kamu tidak perlu meminta maaf jika ada yang cemburu kerana kamu yang mendapat lebih perhatian berbanding mereka. Jika kamu ingin lari dari terus menjadi perhatian orang, usahakan agar kamu berjaya menghindarinya. Jangan melibatkan orang lain jika kamu tidak mahu diri dipersalahkan.

5 – MEMUTUSKAN CINTA

Kalau kamu rasa bukan berpunca dari silap kamu, kamu berhak meminta putus. Untuk apa kamu terus menyeksa diri untuk terus bersama si dia sedangkan ternyata dia sendiri yang bersalah. Jangan rasa takut untuk melaksanakan dan kamu juga tidak perlu memaksa diri untuk meminta maaf kerana perpisahan ini bukanlah yang kamu ingini. Tetapi keadaan yang memaksa!

6 – BERKATA JUJUR

Kejujuran merupakan resipi utama dalam sesebuah perhubungan. Kamu tidak perlu takut untuk berterus-terang andai ianya mendatangkan kebaikan pada diri kamu. Walaupun mungkin ia boleh mencetuskan salah faham antara kamu dan si dia, terpulanglah pada si dia sama ada boleh menerima kejujuran kamu ataupun tidak.

7 – BERTERUS TERANG

Kita mungkin mampu membohongi orang lain, tapi tidak pada hati sendiri. Contohnya, kamu sudah tertarik pada orang lain sedangkan kamu baru saja menjalinkan hubungan dengan si dia. Salah satu sebabnya ialah mungkin kamu tidak dapat menerima cara si dia. Jalan terbaik ialah dengan berterus-terang, daripada kamu terus menipu si dia dan diri kamu sendiri. Nyatakan sebab-sebab mengapa kamu tidak dapat menerima si dia lebih daripada seorang teman biasa. Daripada kamu terus menyeksa diri kerana terpaksa menerima si dia, lebih baik kamu bertindak lebih awal lagi agar perasaan itu tidak terlajak jauh.

8 – TIDAK MENEPATI CITA RASA

Bukanlah perkara yang mustahil untuk kamu mementingkan cita rasa kamu sendiri. Contohnya dalam memilih pasangan. Untuk apa bersikap hipokrit andai pasangan yang kamu pilih langsung tidak menepati cita rasa kamu. Sudah tentu kamu mahu menjalinkan hubungan dalam tempoh yang lama dan berharap agar ia berkekalan. Lalu kamu sepatutnya mencari si dia yang mempunyai ciri-ciri yang kamu impikan. Walaupun tidak secara seratus peratus, sekurang-kurangnya ada juga ciri-ciri tersebut pada diri si dia.

9 – TERUS BERTANYA

Untuk mendapatkan kepastian, tentu kamu harus melemparkan pertanyaan. Walaupun pertanyaan itu bertubi-tubi, selagi tak mendapat jawapan yang pasti, selagi itulah kamu tidak akan berpuas hati. Kamu mahu bertanya sehinggalah kamu faham. Jangan rasa bersalah kalau kamu harus bertanya berulang-ulang kali. Ada kalanya pertanyaan kamu itu boleh membuatkan seseorang itu rimas dan bosan, tetapi bukan mudah untuk dia mengakui kesalahannya ataupun menjelaskan perkara yang sebenarnya.

10- MINTA NAIK GAJI/PANGKAT

Tak salah kalau kamu meminta agar gaji/pangkat kamu dinaikkan setanding dengan usaha yang telah kamu laksanakan selama ini. Sudah tentu kamu berusaha bersungguh-sungguh demi memantapkan lagi prestasi dan kualiti kerja semata-mata untuk syarikat. Jadi tidak salah kalau kamu meminta imbuhan. Memandangkan kos sara hidup semakin tinggi, kamu juga memerlukan perbelanjaan yang lebih banyak. Tapi kamu perlu yakin dan lebihkan usaha di masa akan datang.

11 – MASIH SOLO

Inilah hidup kamu! Walaupun ada kalanya kamu berasa bosan kerana masih tidak mempunyai kekasih, ia bukan salah kamu. Terpulang pada diri kamu sama ada ingin mempunyai kekasih ataupun sanggup bersendirian. Soal cemburu ataupun usikan teman-teman, ketepikan saja. Apa yang penting ialah soal hidup kamu sendiri. Bukan menjadi satu kesalahan jika kamu memilih untuk bersendirian. Mungkin kamu perlukan masa untuk mencari pasangan yang sesuai.

12 – TENTANG KEGEMARAN

Setiap orang mempunyai kegemaran ataupun hobi tertentu. Jangan risau sekiranya ada yang memperkecilkan hobi kamu. Pertahankan hobi kamu itu dan katakan yang setiap orang mempunyai perangai yang berbeza. Jangan malu-malu mengakuinya kerana ia bukanlah mengganggu kehidupan orang lain, malah menyerikan hidup mu sendiri.

13 – BIJAK DAN AKTIF

Orang yang cantik/kacak tidak semestinya bijak dan aktif. Jangan menilai paras rupa dalam menentukan tahap kebijaksanaan seseorang. Ia juga tidak boleh melabelkan seseorang itu aktif ataupun tidak hanya kerana paras rupa. Kamu patut rasa bertuah kerana dianugerahkan kebijaksanaan dan kamu juga seorang yang aktif.

14 – MEMINTA BANTUAN

Kalau tidak tahu, eloklah bertanya. Bukan cara terbaik untuk berpura-pura tahu ataupun segan mahu meminta pertolongan orang lain. Ingat, hidup dalam budaya bermasyarakat ini harus saling tolong-menolong antara satu sama lain. Kalau kamu memerlukan bantuan, jangan segan-segan meminta pertolongan daripada orang yang boleh membantu kamu menyelesaikan masalah. Jika ada yang mentertawakan kamu kerana perkara kecil pun kamu tidak tahu, terus-teranglah mengatakan lebih baik bertanya daripada jadi ***** sombong! Tak ada faedah langsung!

15 – BUKAN BERPUNCA DARI KAMU

Ada seorang teman memarahi kamu kerana rahsianya terbongkar, sedangkan kamu bukanlah puncanya. Jadi untuk apa rasa takut kerana bukannya salah kamu. Berterusteranglah pada si dia yang kamu tidak melakukannya sebaliknya mungkin ada pihak lain yang cuba mempergunakan nama kamu. Nyatakan sebab-sebab kukuh dan relevan tentang pengakuan kamu. Yakinkan dirinya yang kamu seorang penyimpan rahsia yang boleh dipercayai. Kalau boleh selidiklah siapa yang punya angkara untuk membuktikan kamu benar-benar tidak bersalah!

16 – PANDU BERHATI-HATI

Salah satu perkara normal yang diperkatakan ialah pemandu wanita suka memandu perlahan! Selalu juga kena hon. Katakan saja pada diri sendiri yang kamu ini pemandu berhemah dan berhati-hati di jalan raya. Kalau ada pemandu lain yang membunyikan hon ataupun memarahi kamu, pedulikan saja. Janji kamu tidak melanggar peraturan lalu lintas. Kalau setiap kali kamu meminta maaf jika ada yang membunyikan hon ataupun memarahi kamu, tentu nanti ada pula yang mengambil kesempatan di atas ‘kebaikan’ kamu itu.

17 – DIPAKSA

Sukar untuk melakukan sesuatu pekerjaan ataupun perkara yang dipaksa oleh orang lain. Jika dilakukan juga, timbul rasa jengkel dan tidak ikhlas. Jadi lebih baik tidak melakukannya dan katakan saja yang kamu tidak suka dengan tugasan tersebut. Jangan berasa bersalah dan meminta maaf kerana kamu tidak melakukan tugasan tersebut.

Friday, March 5, 2010

KATA-KATA INDAH





PANDUAN BAGAIMANA MEMPERBAIKI SIKAP ANDA

16 Panduan Ringkas Bagaimana Memperbaiki Sikap Anda


Sikap anda melambangkan segala-galanya. Ia menunjukkan bagaimana anda melihat perkara-perkara di sekeliling anda, bagaimana anda menghadapi sesuatu situasi, dan bagaimana anda berfikir mengenai hidup ini. Perbezaan antara sikap yang positif dan negatif boleh dianggapkan sebagai perbezaan antara kehidupan yang positif dan yang negatif.

Panduan berikut adalah ringkas dan sangat efektif. Amalkannya hari ini dan lihatlah perbezaannya serta merta.

1. Bangun Awal!

Bangun awal dan berjalan-jalan pada waktu pagi adalah cara yang sangat baik untuk memulakan hari anda. Lima belas atau dua puluh minit sudah cukup untuk menikmati udara pagi yang segar.


2. Esok Adalah Hari Baru

Apabila perjalanan hidup anda menjadi sukar, ingatlah bahawa masa yang berlalu membawa bersama kesedihan anda. Mungkin agak sukar untuk anda bayangkan bahawa keadaan akan menjadi lebih baik, tetapi yakinlah.


3. Kawal

Satu-satunya orang yang boleh memberi anda sikap yang baik ialah anda sendiri. Apa yang lebih menarik lagi ialah, ia boleh berlaku bila-bila sahaja yang anda mahu. Anda boleh bangun esok hari dengan azam dan semangat yang baru. Mengapa? Ini kerana sikap anda adalah di bawah kawalan anda sendiri. Anda tidak perlu minta izin dari sesiapa untuk mengubahnya.


4. Rakan-rakan

Anda mungkin cuba untuk bersikap positif, tetapi rakan-rakan dan teman sekerja anda pula mempunyai sikap negatif, lantas menyebabkan anda mula hilang keyakinan. Orang di sekeliling anda boleh mempengaruhi sikap anda. Jarang kita lihat seorang yang berfikiran positif berada di dalam kumpulan orang yang bersikap negatif. Sikap negatif boleh berjangkit, oleh itu pastikan anda jauhi situasi yang negatif.


5. Pemakanan yang sihat

Anda mungkin telah mendengar perkara ini beribu-ribu kali, tetapi dengarlah sekali lagi. Pemakanan yang betul adalah penting untuk mengekalkan tenaga, kepekaan dan sikap yang positif. Tanpa sumber tenaga yang mencukupi, badan anda tidak boleh berfungsi dengan sempurna. Jika anda berasa letih atau bersikap negatif, tanya diri anda, “Sudahkah saya makan hari ini?”


6. Tidur

Tidur yang cukup sama penting dengan pemakanan yang sihat. Ianya sangat jelas, tetapi masih ramai orang yang tidak cukup tidur pada waktu malam. Tanpa rehat yang cukup, badan dan minda menjadi letih, gusar dan tidak bermaya sepanjang hari. Kesan yang sama juga boleh berlaku jika anda terlebih tidur. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup setiap malam.


7. Hobi Sebagai Penyelamat

Adalah penting bagi anda mempunyai hobi atau aktiviti yang boleh anda lakukan apabila berhadapan dengan masalah atau hari yang panjang dan meletihkan. Bersukan, membaca, mengumpul barang-barang aktik dan sebagainya adalah cara yang baik untuk lari daripada kesibukan dan untuk berseronok.


8. Layan Orang Lain Dengan Baik

Memang benar, anda dapat apa yang anda berikan. Apabila anda melayan orang lain dengan positif dan hormat, anda juga akan menerima layanan yang sama. Alihkan tumpuan dari diri sendiri kepada orang lain dan jadikan semangat memberi sebagai alasan anda memperbaiki pandangan anda terhadap dunia ini.


9. Gambaran Yang Lebih Besar

Apabila anda melihat dunia ini secara keseluruhannya, kesukaran dan halangan yang berlaku dalam hidup anda kelihatan tidak seburuk yang anda fikirkan. Anda mungkin merasakan hidup anda sukar, tetapi ada lagi orang lain yang mempunyai nasib lebih teruk dari anda. Anda harus bersyukur dengan apa yang ada.


10. Cuba Sesuatu Yang Baru

Jika anda merasa tertekan dan memerlukan jalan keluar, cubalah sesuatu yang baru. Main alat muzik yang baru, cuba sukan yang baru, atau kenalpasti bakat yang terpendam dalam diri anda. Ini dapat menambah keseronokan dan keceriaan dalam hidup anda.


11. Bukti

Ada orang yang telah berjaya melakukan apa yang anda sedang cuba lakukan, dan kerana itulah anda harus bersikap positif terhadap masa depan anda. Tidak kira apa yang ingin anda capai, ada orang yang telah berjaya melakukannya. Ini bermakna anda juga boleh melakukannya. Kita semua manusia, dan kita semua mempunyai 24 jam sehari. Jika mereka boleh melakukannya, anda juga boleh.


12. Berhenti

Jika hari anda bermula dengan teruk, carilah jalan untuk mengubahnya. Akui bahawa anda tidak gembira dan atasilah masalah yang dihadapi. Permulaan yang buruk boleh bertukar menjadi penghujung yang menggembirakan.


13. Anda Memerlukan Hari Yang Buruk

Tidak mengapa jika anda mempunyai hari yang buruk. Ada orang yang tidak boleh menerima kenyataan ini. Mereka fikir satu hari yang buruk tidak boleh diterima, dan membuatkan situasi bertambah buruk. Setiap orang pasti akan menghadapi hari yang buruk. Apa yang penting ialah pastikan kita memperbaiki hari esok.


14. Tuliskan

Inginkan sikap positif? Terangkan sikap anda dalam bentuk tulisan. Rancangan anda akan menjadi lebih mudah untuk dicapai jika anda tahu apa yang anda mahu. Walau bagaimanapun, tidak cukup dengan hanya mengetahui bahawa anda mahukan sikap yang lebih baik. Tulis dengan terperinci, rancangkan kerja anda, dan jalankan rancangan anda.


15. Bantuan

Sokongan rakan-rakan dan keluarga adalah penting untuk anda terus berada di jalan yang betul. Beritahu rakan-rakan anda mengenai keinginan anda mempunyai sikap yang lebih baik dan minta mereka beritahu anda apabila anda mula bersikap negatif. Anda mungkin tidak mahu mengaku bahawa anda mempunyai sikap negatif, tetapi rakan-rakan anda pasti akan memberitahu anda.


16. Jadi Si Optimis

Menjadi seorang yang optimis dapat membantu anda melihat hidup anda dari sudut yang positif. Apabila seorang rakan datang mengadu tentang masalahnya, ingatkan diri anda bahawa anda sedang cuba memperbaiki sikap anda dan cubalah sedaya upaya untuk memberikan nasihat yang positif. Tidak perlu banyak, tetapi ia hendaklah mempunyai unsur-unsur positif.


OLEH : JASON GRACIA


BAIKILAH SIKAP ANDA SUPAYA MENJADI LEBIH BAIK DAN DISENANGI OLEH ORANG LAIN