CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, January 30, 2010

RESEPI KEJAYAAN

Hari ini saya ingin berkongsi resepi kejayaan bersama rakan-rakan. Resepi ini sangat berguna untuk mengecapi kejayaan yang diidam-idamkan. Dalam resepi ini ia memerlukan kekuatan dan kesabaran dalam menyiapkannya. Saya harap rakan-rakan dapat menghasilkan resepi ini dengan jayanya......

SELAMAT MENCUBA................

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 250 gm Daya usaha
  • 100 gm Kesabaran
  • 100gm Keimanan
  • 190 gm Keinsafan
  • 150 gm Pengorbanan
  • 150 gm Campuran akhlak mulia( boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna)
  • 8 sudu teh Rasa tanggungjawab
  • 200 gm Senyuman
Cara-cara membuatnya:

Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental. masukkan usaha dan kesabaran, gaul sehingga sebati. Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit. Biarkan adunan menjadi lembut. Setelah itu campurkan keimanan, rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia. Ia perlu dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba. Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan bertolak ansur. Hiasilah dengan senyuman yang menawan kemudian bakar dengan tenagayang ada.


Untuk mendapatkan kek yang cantik dan elok, jauhilah ia dari air mata putus asa walaupun setitik. Oleh kerana kek kejayaan ini amat sukar unutk dibuat, syabas kepada sesiapa jua yang berjaya melaksanakan dengan baik.

CUBA JANGAN TAK CUBA TAU

Friday, January 29, 2010

KATA-KATA MUTIARA YANG DAPAT MENINGKATKAN SEMANGAT SAAT MENGHADAPI KEGAGALAN

Kegagalan terpaksa di tempuhi sebelum seseorang itu menperoleh kejayaan. Oleh itu jangan cepat berputus asa jika menghadapi kegagalan dalam hidup. Berusaha dan terus berusaha.

* Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.

* Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.

* Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.

* Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.

* Wang bukanlah segala-galanya, namun ia pasti menjadi penghubung dengan anak-anak anda.

* Ramai orang yang masih bergantung kepada kerja-kerja yang bergaji rendah kerana mereka takut gagal jika mencuba kerja lain.

* Kesilapan adalah bukti bahawa seseorang itu telah mencuba membuat sesuatu perkara atau pekerjaan.

* Kesilapan mengajar kita tentang apa yang perlu kita pelajari selepas itu.

* Apa yang anda pelajari selepas kegagalan sahaja yang dikira.Kegagalan itu sendiri tidak dikira.

* Anda tidak gagal.Anda hanya menemui cara yang tidak berkesan.

* Kesilapan adalah realiti kehidupan.yang penting adalah tindakbalas terhadap kesilapan itu.

* Jika anda inginkan sebuah tempat di matahari,bersediala h untuk terbakar.

* Anda tidak harus berkata KENAPA SAYA? Anda seharusnya bersyukur kerana ANDA telah dipilih.

* Malah kesilapan pun mungkin menjadi perkara penting bagi menjamin kejayaan yang bernilai.

* Sekiranya anda mahu mengambil seorang pekerja,pastikan dia pernah gagal sebelumnya.

* Kegagalan bukan bermakna anda tidak berusaha bersungguh-sungguh. Kegagagalan itu hanya bermakna anda perlu mengambil masa yang lebih lama untuk berjaya.

* Sekiranya kita bersaing dengan diri kita sendiri dan kita mengalami kegagalan, siapakah yang menang? Fikirkanlah! .

* “Lulus” dan “Gagal” adalah cara lama mengkategorikan seseeorang.Cara baru ialah “pengetahuan” dan”Kejahilan” .

* Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.

* Mungkin tiada kegagalan bagi orang yang terus berjuang.

* Ramai orang mencari tempat yang selamat,tetapi akhirnya tersangkut!

* Impian yang tidak terlaksana adalah impian yang terpenjara oleh musuh nombor satu-iaitu takut GAGAL!!

* Tiada siapa yang berha mengecap anda sebagai orang yang gagal,kecuali diri anda sendiri.

* Sekiranya anda menemui sebuah laluan tanpa halangan, ia mungkin tidak membawa anda ke mana-mana.

* Kesilapan-kesilapan memberitahu kita tentang apa yang perlu kita pelajari.

* Apabila anda telah sampai ke penghujung tali……dan tiada lagi simpulan untuk bergantung.. ….lompatlah ke tali yang lain.

* Kegagalan hanyalah satu peluang untuk anda mencuba lagi untuk berjaya!!.

* Orang yang kurang berani untuk memulakan sesuatu, sebenarnya telah tewas!!.

* Kita tidak mungkin dapat mempelajari sesuatu perkara kecuali kita bersedia untuk gagal terlebih dahulu.

* Cara yang terbaik untuk belajar untuk menjadi pemenang ialah belajar daripada orang-orang yang pernah kalah atau tewas dalam sesuatu pertandingan, perbuatan atau sebagainya.

* Kegagalan dalam hidup adalah menjadi seorang yang tidak belajar daripada kegagalannya itu.

* Sekali gagal, tidak bermakna anda telah tewas,…..anda hanya tewas apabila anda telah berputus-asa.

* Hanya orang yang berani GAGAL DENGAN TERUK mempunyai harapan untuk BERJAYA DENGAN HEBAT sekiranya dia mempelajari sesuatu daripada kegagalannya itu.

* Kesilapan adalah sebahagian daripada hutang yang perlu dilangsaikan sepanjang hayat.

* Hadiah paling berharga hanya diberikan kepada orang yang menemui kegagalan tetapi dia tidak pernah berundur atau merungut atau berputus-asa.

* Setiap orang mempunyai keazaman yang kukuh untuk mencapai matlamat sehingga mampu mengenepikan kegagalan dalam usaha tersebut.

* Orang yang kalah membayangkan hukuman bagi kegagalan.Orang yang menang membayangkan ganjaran bagi setiap kejayaan.

* Terseradung bukannya terjatuh.

* Sekiranya anak-anak diasuh untuk takut mencuba sesuatu yang baru kerana takutkan kegagalan,mereka tidak akan menjadi orang berani kelak.

* Dalam percubaan-percubaan yang hebat, adalah dianggap cemerlang meskipun gagal.

* Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah.

* Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu.

* Kita memerlukan kegelapan untuk melihat bintang.

* Hidup adalah satu kesilapan yang berterusan di mana kita belajar untuk menjadi sempurna.

* Salah satu kesilapan besar yang boleh kita lakukan dalam hidup ini adalah sentiasa takut untuk melakukan kesilapan.

* Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kumci.

* Sekiranya anda mengalami kegagalan lebih awal,kegagalan berikutnya kurang terasa pedih.

* Kesilapan demi kesilapan membawa seseoarang menemui kebenaran hakiki.

* Perkara paling penting apabila berhadapan dengan keadaan yang kurang menyenangkan adalah dengan memberikan perhatian terhadap apa yang perlu dibuat selepas ini,bukannya mencari-cari- apa silapnya.

* Kesulitan menyerlahkan sifat sebenar manusia.

* Pada pendangan saya,sekiranya anda mahukan pelangi, kenalah hujan dahulu.

* Saya boleh menerima kegagalan kerana setiap orang gagal dalam sesetengah perkara.tetapi saya tidak boleh menerima orang yang tidak berani mencuba.

* Anda bukannya gagal.Anda hanya tidak tahu beberapa perkara lagi.

* Satu kesalahan tidak akan menjadi kesilapan sehinggalah anda membetulkannya.

* Kegagalan tidak menjadikan anda seorang yang gagal sekiranya anda tidak berputus-asa untuk mencuba lagi.

* Saya tidak membahagikan dunia kepada yang lemah dan gagah,atau yang berjaya dan gagal,juga bukan di antara yang boleh melakukan sesuatu atau sebaliknya.Saya membahagikan dunia kepada mereka yang belajar dan tidak belajar.

Thursday, January 28, 2010

TEKAD- HAZAMI

Hayatilah lirik lagu Tekad dari Hazami yang dapat memberi motivasi dan semangat untuk meneruskan perjuangan dan mencapai kejayaan.

Tekad (Hazami)
Perjalanan kehidupan
Di kiri kanan dugaan Cabaran
Keseorangan menempuh ujian
Meneruskan perjuangan

( korus )
Takdir Maha Esa
Restu ayah bonda
Mencapai cita-cita
Usah putus asa
Kelak kau berjaya
Membela nasibmu
Masamu kan tiba

Keimanan keyakinan
Sinar cahaya penunjuk haluan
Walaupun payah kau harus tabah
Demi mencapai segala impian

( ulang korus )

Jika satu ketika
Langkah tidak terdaya
Berkat doa usaha
Tuhan Maha Esa
Menggapai cita-cita



Tuesday, January 26, 2010

RAHSIA MENJADI PELAJAR CEMERLANG

KECEMERLANGAN merupakan dambaan setiap yang bernama pelajar. Namun, meraih kecemerlangan memerlukan pengorbanan dan ada caranya.

Di sini disertakan beberapa tip untuk menjadi pelajar cemerlang dan seimbang dalam setiap segi.

1. Tentukan visi anda

Sebagai seorang pelajar, anda mestilah memiliki visi yang jelas ke mana hala tuju anda. Tanpanya, seseorang individu akan mudah terlupa ataupun tersasar daripada matlamat sebenar.

Seseorang yang mempunyai visi yang jelas adalah yang berkarisma, menghargai masa, bercita-cita tinggi, berkomitmen tinggi dan pragmatis atau praktikal.

2. Aturkan langkah anda

Susun dan tulis rancangan perlaksanaan visi atau cita-cita mengikut jangka waktu yang anda ingini. Ini akan membantu anda berada 'di atas landasan' dan 'tiba ke destinasi' pada waktu yang telah ditetapkan.

3. Rancang masa depan anda sekarang

Membuat pilihan yang bijak di usia muda dan mula merancang pelan hidup seawal mungkin dapat membantu anda mengelakkan kegagalan atau kekecewaan dalam hidup.

4. Luangkan masa untuk bertindak

Setiap manusia diberikan 24 jam setiap hari, hanya yang bijak mampu menggunakan waktu tersebut sebaik mungkin. Uruskan masa dengan bijak. Buat jadual harian, luangkan masa untuk membaca, beri sedikit masa untuk beriadah, sentiasa meluangkan masa untuk merealisasikan visi anda.

5. Konsisten dan jangan mudah mengalah

Percaya teguh kepada diri sendiri. Jangan biarkan kegagalan kecil mematahkan semangat anda! Mudah mengaku kalah kepada diri sendiri adalah mereka yang tidak akan berjaya dan kurang percaya kepada kemampuan diri sendiri.

6. Tumpukan perhatian kepada matlamat anda

Jangan biarkan diri anda leka dengan gangguan-gangguan persekitaran: pengaruh rakan sebaya, aktiviti yang melalaikan dan masalah remeh temeh. Sentiasa fokus kepada apa yang anda mahu iaitu mahu berjaya!

7. Percaya kepada pertolongan Tuhan dan usaha sendiri

Allah menciptakan setiap manusia untuk berjaya di muka bumiNya, bukan untuk menemui jalan gagal. Namun begitu, untuk mengecapi kejayaan, manusia perlu berusaha bersungguh-sungguh dan sentiasa percaya kepada pertolongan Allah.

8. Solat dan doa

Solat dan berdoa adalah cara bagi manusia untuk berhubung dengan Tuhan. Satu kajian telah dijalankan oleh sebuah universiti antarabangsa membuktikan bahawa berdoa dapat memberi kekuatan mental dan fizikal pesakit bagi menyembuhkan penyakit kritikal.

9. Pupuk perasaan cinta dan jangan membenci

Perasaan cinta membantu anda untuk berjaya dan membawa ke tahap yang lebih tinggi. Jangan sesekali membenci orang lain, walaupun mereka pernah melakukan kejahatan kepada anda.

10. Belajar daripada kesilapan

Manusia yang bijak adalah mereka yang mengaku kesilapan sendiri dan belajar memperbetulkannya. Kesilapan bukanlah suatu kegagalan, sebaliknya permulaan kepada sebuah kejayaan. Belajarlah daripada kesilapan sendiri dan juga kesilapan orang lain. Jangan biarkan ia berulang.

11. Sokongan keluarga yang kuat

Ibubapa adalah tunjang kepada kejayaan anak-anak dan begitulah sebaliknya. Kebanyakan kegagalan remaja hari ini berpunca daripada masalah keluarga di rumah yang disebabkan oleh pertelingkahan ibu bapa.

12. Berkawan dengan ramai orang

Tidak salah berkongsi masalah dengan rakan-rakan, tetapi perlu berhati-hati dalam memilih kawan yang sesuai. Individu berjaya selalunya mempunyai ramai kawan.

13. Gambarkan destinasi kejayaan anda

Realiti tidak akan tercipta tanpa fantasi. Tidak salah menjadi Mat Jenin. Setiap kejayaan bermula dengan cita-cita dan angan-angan.

14. Berdisiplin

Individu yang berdisiplin adalah individu yang sentiasa proaktif dan tidak gemar 'curi tulang'.

15. Amalkan gaya hidup sihat

Kejayaan tidak akan dapat dinikmati sebaik mungkin tanpa kesihatan yang baik. Bersenam dan jaga pemakanan untuk mengekalkan kesihatan dan menghindari penyakit-penyakit berbahaya.

16. Sentiasa jujur

Jangan suka berbohong dan berpura-pura. Jadilah manusia yang baik, jujur dan telus. Kejayaan tidak bermakna sekiranya terhasil dari usaha yang tidak jujur dan penuh dengan tipu muslihat.

17. Hargai masa

Masa hendaklah sentiasa dimanfaatkan dengan melakukan perkara-perkara yang hanya membawa kebaikan kepada diri kita dan orang di sekitar.

18. Sayangilah diri anda sendiri

Jangan terlalu fokus kepada "ketidaksempurnaan" atau kelemahan anda. Sentiasa percaya bahawa setiap individu mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri.

19. Jangan sentiasa mengutamakan diri sendiri

Berusaha mengecapi kejayaan tidak bermakna anda hanya harus mengutamakan diri anda sendiri setiap masa. Membantu orang lain untuk berjaya adalah satu ibadah dan dapat membantu kejayaan diri anda juga. Jangan sekali-kali tamak pada kejayaan.

20. Sentiasa di kalangan orang-orang yang berjaya

Bergaul dengan orang-orang yang berjaya atau mahu berjaya dapat membantu seseorang itu untuk mencapai kejayaannya sendiri. Perolehi inspirasi daripada kejayaan orang lain. Banyakkan membaca buku tentang tokoh-tokoh ternama yang telah berjaya dalam hidup mereka.

Jadikan kejayaan mereka sebagai panduan untuk terus mencapai kegemilangan.

Monday, January 18, 2010

TATAPAN BERSAMA

Manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan kealpaan. Sebagai insan yang lemah manusia perlu saling ingat mengingati antara satu sama lain semoga dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik dan tidak akan melakukan kesilapan yang lalu. Dalam hidup ini kita jangan pernah lupa kepada ALLAH YANG MAHA ESA. Beberapa mutiara kata untuk santapan hati pada hari ini. Hayatilah dan fikir-fikirkanlah.......







Saturday, January 16, 2010

RENUNGAN...

Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat. – Joseph Conrad

Jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.













KEJAYAAN MUNGKIN MENJADI MILIK KITA


Kejayaan bukan perkara yang mudah untuk dikecapi. Ia memerlukan satu pengorbanan yang besar dan tidak mudah mengalah dalam menghadapi kegagalan. Kegagalan sebenarnya mengajar seseorang untuk lebih berusaha dan membaiki diri untuk menjadi lebih baik. Namun harus diingat bahawa apa yang dilakukan mestilah diiringi doa dan sentiasa bermunajat kepada ALLAH S..W.T . Hanya berpeluk tubuh kejayaan tidak akan datang bertandang. Seseorang mestilah mempunyai keyakinan diri untuk berjaya dan tidak beranggapan bahawa diri ini lemah dan tidak mampu berjaya seperti orang lain. Semua orang mampu berjaya dan menikmati apa yang diusahakan. Kejayaan adalah hasil dari sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik. Jadikanlah sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam melakukan apa jua sekalipun, pasti akan membuahkan sebuah kejayaan yang sangat berharga.