CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, March 5, 2010

PANDUAN BAGAIMANA MEMPERBAIKI SIKAP ANDA

16 Panduan Ringkas Bagaimana Memperbaiki Sikap Anda


Sikap anda melambangkan segala-galanya. Ia menunjukkan bagaimana anda melihat perkara-perkara di sekeliling anda, bagaimana anda menghadapi sesuatu situasi, dan bagaimana anda berfikir mengenai hidup ini. Perbezaan antara sikap yang positif dan negatif boleh dianggapkan sebagai perbezaan antara kehidupan yang positif dan yang negatif.

Panduan berikut adalah ringkas dan sangat efektif. Amalkannya hari ini dan lihatlah perbezaannya serta merta.

1. Bangun Awal!

Bangun awal dan berjalan-jalan pada waktu pagi adalah cara yang sangat baik untuk memulakan hari anda. Lima belas atau dua puluh minit sudah cukup untuk menikmati udara pagi yang segar.


2. Esok Adalah Hari Baru

Apabila perjalanan hidup anda menjadi sukar, ingatlah bahawa masa yang berlalu membawa bersama kesedihan anda. Mungkin agak sukar untuk anda bayangkan bahawa keadaan akan menjadi lebih baik, tetapi yakinlah.


3. Kawal

Satu-satunya orang yang boleh memberi anda sikap yang baik ialah anda sendiri. Apa yang lebih menarik lagi ialah, ia boleh berlaku bila-bila sahaja yang anda mahu. Anda boleh bangun esok hari dengan azam dan semangat yang baru. Mengapa? Ini kerana sikap anda adalah di bawah kawalan anda sendiri. Anda tidak perlu minta izin dari sesiapa untuk mengubahnya.


4. Rakan-rakan

Anda mungkin cuba untuk bersikap positif, tetapi rakan-rakan dan teman sekerja anda pula mempunyai sikap negatif, lantas menyebabkan anda mula hilang keyakinan. Orang di sekeliling anda boleh mempengaruhi sikap anda. Jarang kita lihat seorang yang berfikiran positif berada di dalam kumpulan orang yang bersikap negatif. Sikap negatif boleh berjangkit, oleh itu pastikan anda jauhi situasi yang negatif.


5. Pemakanan yang sihat

Anda mungkin telah mendengar perkara ini beribu-ribu kali, tetapi dengarlah sekali lagi. Pemakanan yang betul adalah penting untuk mengekalkan tenaga, kepekaan dan sikap yang positif. Tanpa sumber tenaga yang mencukupi, badan anda tidak boleh berfungsi dengan sempurna. Jika anda berasa letih atau bersikap negatif, tanya diri anda, “Sudahkah saya makan hari ini?”


6. Tidur

Tidur yang cukup sama penting dengan pemakanan yang sihat. Ianya sangat jelas, tetapi masih ramai orang yang tidak cukup tidur pada waktu malam. Tanpa rehat yang cukup, badan dan minda menjadi letih, gusar dan tidak bermaya sepanjang hari. Kesan yang sama juga boleh berlaku jika anda terlebih tidur. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup setiap malam.


7. Hobi Sebagai Penyelamat

Adalah penting bagi anda mempunyai hobi atau aktiviti yang boleh anda lakukan apabila berhadapan dengan masalah atau hari yang panjang dan meletihkan. Bersukan, membaca, mengumpul barang-barang aktik dan sebagainya adalah cara yang baik untuk lari daripada kesibukan dan untuk berseronok.


8. Layan Orang Lain Dengan Baik

Memang benar, anda dapat apa yang anda berikan. Apabila anda melayan orang lain dengan positif dan hormat, anda juga akan menerima layanan yang sama. Alihkan tumpuan dari diri sendiri kepada orang lain dan jadikan semangat memberi sebagai alasan anda memperbaiki pandangan anda terhadap dunia ini.


9. Gambaran Yang Lebih Besar

Apabila anda melihat dunia ini secara keseluruhannya, kesukaran dan halangan yang berlaku dalam hidup anda kelihatan tidak seburuk yang anda fikirkan. Anda mungkin merasakan hidup anda sukar, tetapi ada lagi orang lain yang mempunyai nasib lebih teruk dari anda. Anda harus bersyukur dengan apa yang ada.


10. Cuba Sesuatu Yang Baru

Jika anda merasa tertekan dan memerlukan jalan keluar, cubalah sesuatu yang baru. Main alat muzik yang baru, cuba sukan yang baru, atau kenalpasti bakat yang terpendam dalam diri anda. Ini dapat menambah keseronokan dan keceriaan dalam hidup anda.


11. Bukti

Ada orang yang telah berjaya melakukan apa yang anda sedang cuba lakukan, dan kerana itulah anda harus bersikap positif terhadap masa depan anda. Tidak kira apa yang ingin anda capai, ada orang yang telah berjaya melakukannya. Ini bermakna anda juga boleh melakukannya. Kita semua manusia, dan kita semua mempunyai 24 jam sehari. Jika mereka boleh melakukannya, anda juga boleh.


12. Berhenti

Jika hari anda bermula dengan teruk, carilah jalan untuk mengubahnya. Akui bahawa anda tidak gembira dan atasilah masalah yang dihadapi. Permulaan yang buruk boleh bertukar menjadi penghujung yang menggembirakan.


13. Anda Memerlukan Hari Yang Buruk

Tidak mengapa jika anda mempunyai hari yang buruk. Ada orang yang tidak boleh menerima kenyataan ini. Mereka fikir satu hari yang buruk tidak boleh diterima, dan membuatkan situasi bertambah buruk. Setiap orang pasti akan menghadapi hari yang buruk. Apa yang penting ialah pastikan kita memperbaiki hari esok.


14. Tuliskan

Inginkan sikap positif? Terangkan sikap anda dalam bentuk tulisan. Rancangan anda akan menjadi lebih mudah untuk dicapai jika anda tahu apa yang anda mahu. Walau bagaimanapun, tidak cukup dengan hanya mengetahui bahawa anda mahukan sikap yang lebih baik. Tulis dengan terperinci, rancangkan kerja anda, dan jalankan rancangan anda.


15. Bantuan

Sokongan rakan-rakan dan keluarga adalah penting untuk anda terus berada di jalan yang betul. Beritahu rakan-rakan anda mengenai keinginan anda mempunyai sikap yang lebih baik dan minta mereka beritahu anda apabila anda mula bersikap negatif. Anda mungkin tidak mahu mengaku bahawa anda mempunyai sikap negatif, tetapi rakan-rakan anda pasti akan memberitahu anda.


16. Jadi Si Optimis

Menjadi seorang yang optimis dapat membantu anda melihat hidup anda dari sudut yang positif. Apabila seorang rakan datang mengadu tentang masalahnya, ingatkan diri anda bahawa anda sedang cuba memperbaiki sikap anda dan cubalah sedaya upaya untuk memberikan nasihat yang positif. Tidak perlu banyak, tetapi ia hendaklah mempunyai unsur-unsur positif.


OLEH : JASON GRACIA


BAIKILAH SIKAP ANDA SUPAYA MENJADI LEBIH BAIK DAN DISENANGI OLEH ORANG LAIN

Thursday, March 4, 2010

PETUA DARI IMAN SYAFIE'

Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

Wednesday, March 3, 2010

MUTIARA KATA PAGI INI





BELAJAR DENGAN BIJAK



Kaedah Belajar Berkesan

1. Semasa di kelas, berikan tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran guru.

2. Sentiasa bersoal-jawab dengan guru dalam hal-hal pelajaran.

3. Membaca setiap nota yang diberikan oleh guru.

4. Membuat latihan-latihan yang disediakan oleh guru serta mencari latihan-latihan tambahan dari buku-buku latihan.

5. Memahami apa yang dibaca.

6. Membuat nota ringkas untuk semua mata pelajaran.

7. Menggunakan kaedah, simbol dan tanda-tanda tertentu untuk memudahkan pembelajaran.

8. Belajar menggunakan komputer untuk mendapatkan kefahaman tambahan.

9. Mengadakan kumpulan perbincangan bagi semua mata pelajaran.

10. Mendapatkan pengetahuan daripada pelbagai bahan rujukan sama ada buku,majalah, akhbar dan internet.

11. Mempelajari teknik-teknik menjawab soalan setiap mata pelajaran.

12. Meneliti dan menganalisis trend soalan-soalan peperiksaan yang lalu.

13. Berfikir secara kreatif dan berani memberi idea.

14. Mendapatkan nasihat guru dalam segala masalah yang dihadapi tentang pelajaran dan pembelajaran.

Langkah -langkah Bijak Menjelang Peperiksaan

1. Bertenang dan melapangkan fikiran.

2. Melakukan ulang kaji bagi topik-topik yang penting.

3. Tidur yang mencukupi.

4. Menjaga kesihatan diri.

5. Menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang berkhasiat dan berzat.

7. Bagi pelajar Islam, perbanyakkan sembahyang hajat .


8. Membuat dan membaca nota-nota ringkas.

9. Mengadakan senaman kesihatan fizikal untuk mengeluarkan peluh.


10. Beriadah dan berekreasi di tempat-tempat yang sesuai kerana badan yang cergas akan meransang kecerdasan otak.

11. Meminta doa dan restu ibu bapa dan guru-guru.




12. Belajar pada waktu yang difikirkan sesuai.

13. Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.


14. Menjawab soalan yang sama seperti format peperiksaan sebenar.


15. Datang lebih awal ke dewan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula.


16. Menyediakan segala kelengkapan peperiksaan yang diperlukan.


17. Bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan dengan sarapan yanag berzat supaya tenaga fizikal dan minda cukup untuk menghadapi peperiksaan.

18. Elakkan mengadakan perbincangan tentang topik-topik hangat atau kaedah menjawap sebelum dan selepas peperiksaan.


19. Mematuhi arahan peperiksaan yang telah ditetapkan.


20. Membaca dengan teliti setiap arahan yang terdapat pada setiap kertas soalan.


21. Menjawap soalan berpandukan soalan yang telah dipilih.

22. Pastikan pelajar menjawap semua soalan yang dikemukakan mengikut arahan yang dinyatakan.

STUDY HARD STUDY SMART

Tuesday, March 2, 2010



KEAJAIBAN HATI MANUSIA



Kelajuan perjalanannya tidak terhitung lajunya dan ruang gerakannya tiada batas sempadan tempat. Bahkan bila jasad mati, hati terus hidup di alam Barzakh sehingga ke alam Akhirat.”

Pernahkah kita terfikir ada suatu keajaiban di dalam diri kita yang kita sendiri tidak mampu mengawalnya? Ia diberi keupayaan untuk merasa senang dan susah. Ia juga sangat sensitif terhadap apa yang berlaku, yang didengar, dilihat dan dirasa. Dari sanalah ia menentukan sikap kita sama ada positif atau negatif. Yang peliknya, ia boleh bertukar-tukar rasa.

Adakalanya dia rasa senang bila dipuji, rasa menderita apabila dikeji.

Rasa riak dan megah pula timbul bila mendapat kelebihan dan kejayaan. Hairan dengan diri bila mampu buat sesuatu yang orang lain tidak mampu. Tapi tiba-tiba rasa rendah diri dan hina diri bila ada kekurangan. Rasa sombong dan angkuh apabila berkuasa dan memiliki ilmu lebih dari orang lain. Rasa marah bila dihina orang. Rasa tidak senang bila tengok orang lain dapat lebih. Berdendam pula bila ada orang menganiaya diri. Simpati dan belas kasihan bila melihat orang kesusahan. Rasa keluh kesah bila mendapat kesusahan dan ditimpa penyakit. Rasa terhutang budi dan berterima kasih kepada orang yang menolong kita. Rasa gerun bila berdepan dengan sesuatu yang menakutkan. Rasa jijik pula bila berdepan dengan benda-benda kotor. Itulah dia hati atau roh.



Memang sungguh ajaib hakikat penciptaan hati ini. Kelajuan perjalanannya tidak terhitung lajunya dan ruang gerakannya tiada batas sempadan tempat. Bahkan bila jasad mati, hati terus hidup di alam Barzakh sehingga ke alam Akhirat. Hati atau rohlah yang akan menanggung azab dan nikmat yang dilakukan oleh jasad lahir semasa hidup di dunia.

Tempat letaknya roh ini ialah di dalam hati jasmani. Hati manusia berbeza dengan hati haiwan. Hati manusiaboleh menerima perintah dan larangan dan dipanggil rohul amri. Manakala roh haiwantidak boleh menerima perintah dan larangan dipanggil rohul hayah.

Bagaimana se
patutnya hati seorang mukmin itu?

1. Sensitif dengan Tuhan.

2. Orang mukmin bila mendapat kejayaan, nikmat, kemudahan hidup, kelapangan hidup, hatinya terasa syukur kepada Allah.

3. Jika terbuat dosa, sekalipun dosa kecil, apalagi kalau dosa besar, hatinya akan merasa resah gelisah, takut dan hilang ketenangan.

4. Hati orang mukmin sentiasa rasa di awasi Tuhan.

5. Kalau diuji oleh Tuhan, hati orang mukmin sabar dan redha. Bahkan tenang dengan ujian dan kesusahan hidup.

6. Hati orang mukmin sangat merendah diri dengan Tuhan.

7. Sentiasa terkenang nikmat-nikmat Allah yang terlalu banyak yang belum pun sempat di hitung, Allah tambah lagi nikmat-Nya.





Sumber artikel dari:
http://ftmk.upsi.edu.my/s24638/ruang/ajaib.html

Monday, March 1, 2010

KAH!! KAH!! KAH!! KETAWA BIAR SAMPAI PECAH PERUT



SAYANG ATOK ANDA....

Mengapa tak seperti kawan sebaya kau?" Seorang atuk tegur cucu dia yang tak cemerlang dalam peperiksaan.

Atuk: "Tengok kawan-kawan sebaya cu, semua lulus tinggi-tinggi. Cu ini asyik internet, tv atau main bola. Bila nak belajar??? Besar nak jadi apa???" (Atok marah tahap tertinggi)

Cucu: "Atok asyik bandingkan dengan kengkawan yang lain. Cu tak pernah pun marah bila atok tak sama seperti kawan-kawan sebaya atok yang lain."

Atuk: "Tak sama apanyerr???"

Cucu: "Kawan-kawan sebaya atok semua dah jadi arwah kan?"

Atuk: "AsBestOSSs punya cucu*!%$^^%$& ....




ORANG ASLI YANG BIJAK

Al-kisah?..adalah satu kampung ni..nama kampung ni kampung pinang 18 batang. Kat kampung ni orang ramai idup aman dan bahagia. Dalam kampung yang aman ni..adala sorang laki ni. Nama dia Ali (nama sebenar). Ali ni orang gila kat kampung ni. So..ramai la yang pandang slag kat dia. Ramai la yang suka memainkan dia.. nak dijadikan cerita?

Pada suatu hari..si Ali ni gi la masjid nak semayang jumaat?ey..ni educated nyer orang gila tau..semayang tak tinggal. Contohilah dia ni. Sedangkan orang gila pun semayang?korang yang siuman ni pun semayang la gak ek.. ok?.sambung citer. Lepas si Ali ni semayang jumaat, dia nak balik la kan . So..masa dia nak balik tu tetiba dia tengok selipar jepun kesayangannye dah takdek. Aper lagi?mengamukla dia?

Tanpa segan silu dia pun pegi la dekat mikrofon masjid tu lalu dia pun berkata: ?kepada sesiapa yang mencuri selipar aku, baik ko pulang cepat!!!!!!!?? Semua orang menjadi takut..ye la..orang gila kan ..memacam dia buleh buat. Buatnya dia tetak anak bini orang?..kang..ha..naya.. Diulang sekali lagi??kepada sesiapa yang curik selipar kesayangan aku tu..baik ko pulang cepat. Kalau tak aku akan buat seperti mana ayah aku buat!!!? lalu orang yang curik tu pun pulang la balik. ?lek la bang.. gurau jek??.

Tapi Ali memandang nyer dgn muka yang serius..muka macam nak makan orang gitu?

Haa?lalu budak yang curi selipar dia tu pun blah tanpa memandang ke arah Ali.. takut la tue? lalu tok imam pun menegur Ali dan bertanya ?kalau dia tak pulang apa yang akan kamu lakukan..?? apa yang ayah kamu lakukan..??? dengan suara dan wajah yang slamber?.Ali pun berkata ?saya balik kaki ayam la tok???


SEMOGA TERHIDUR

DI MANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN


Sesuatu perkara akan terlaksana jika kita mempunyai kemahuan untuk melakukannya. Saya inigin berkongsi beberapa faktor yang boleh mendorong kuatnya kemahuan untuk melakukan perkara yang diinginkan. Lebih lebih lagi ke arah untuk sesutu perkara yang sukar dan memerlukan usaha yang gigih seperti untuk menempa kecemerlangan dan kejayaan dalam hidup.

Faktor yang mendorong kepada kuatnya kemahuan:

1. Tertekan, terdesak, kesempitan, kesengsaraan dan seumpamanya.

2. Tercabar oleh penghinaan.

3. Tercabar (terpaksa) untuk membuktikan kekuatan atau keupayaan.

3. Tertarik dengan ganjaran.

4. Mencari kepuasan dan keselesaan.

5. Membuktikan identiti.

6. Mencari jalan keluar atau menyelesaikan masalah.

7. Suka mencabar keupayaan diri.

8. Mengubah haluan hidup.

9. Mencari kehidupan.

ADAKAH FAKTOR-FAKTOR INI ADA DALAM DIRI ANDA!!