Pastinya di Kelantan dan Terengganu Dan juga di pasar malam dan pasar minggu Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu Di Sungai Buloh, pusat pemuilihan, dulu di Pudu Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru Terkinja-kinja best giler menari macam hantu
Apa hobi orang Melayu Terkenal dengan budaya malas dan lesu Berlepak buang masa tak jemu-jemu Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu Tengok telenovela dari Filipina dan Peru Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu Sambil makan junk food, kuaci dan muruku Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu Mana tak gendut berpenyakit selalu Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu
Boleh tak jumpa mereka di kedai buku Atau di perpustakaan dan majlis ilmu Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu Ada tapi kurang sangat mereka di situ Kenapa melayu jadi begitu Nak salahkan siapa ibubapa atau guru Pemimpin negara atau raja dulu-dulu Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu Nak harap Kerajaan saja membantu Terutama sekali kontraktor kelas satu Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu pasal jambatan senggek atau siapa dia penghulu Dan suka sangat dengan budaya ampu mengampu
Sampai bila kita nak tunggu Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju Boleh! dengan beberapa syarat tertentu Pertama dengan banyak menguasai ilmu Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu
FIKIR-FIKIRKANLAH DAN APA PENDAPAT ANDA BERKENAAN PERKARA INI???
Tip untuk menjadi cemerlang adalah dari Dr. Fadzilah Kamsah. Semoga tip ini dapat membantu anda untuk menjadi seorang yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Tatacara makan dan minum
Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa ~ insyaAllah, Allah lipat gandakan rezeki.
Sebelum tidur, berdoa, bergantung kepada apa yang kita hendak ~ sepanjang tidur, otak akan berlegar pada kehendak kita itu dan insyaAllah, kita akan ada tenaga dan ada semangat ke arah kehendak itu diesok harinya.
Makan buah sebelum sarapan, makan tengahari dan makan malam ~ ikut sunnah dan dapat pahala. Jika dirujuk kepada pakar pemakanan, jumlah vitamin yang diperolehi dari buah-buahan yang dimakan selepas waktu makan menghampiri 0%.
Jangan minum air semasa sedang makan. Minum air selepas 15-30 minit selesai makan.Untuk minum, bagi teguk yg pertama, biarkan air dalam mulut selama lebih kurang 10 saat, baru telan. Bagi teguk kedua dan seterusnya boleh diminum terus. Air liur ada enzyme yang boleh membunuh kuman dalam pankreas, perut dan seterusnya. Ini akan dibawa oleh air tegukan pertama tadi.
Seelok-eloknya makan malam sebelum maghrib ~ ikut sunnah, Rasullullah makan sebelum maghrib kecuali bulan Ramadhan sahaja iaitu masa maghrib. Bagi mereka yang sedang belajar atau kanak-kanak, otak akan berfungsi cemerlang menyerap ilmu kira-kira 2 jam selepas makan. Oleh itu jika makan pukul 8:30pm, dalam pukul 10:30pm baru mula belajar dan biasanya hanya boleh bertahan hingga jam 12 tengah malam saja. Jadi, tak banyak yang boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30pm. Bangsa Cina biasa makan waktu ini. Malah kita tak tidur dalam kekenyangan di mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam.
Tatacara di bilik air
Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) ~ boleh mengelakkan daripada mendapat batu karang.
Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri ~ ikut sunnah sebab bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder dan senang buang air besar
Tatacara didik anak
Antara tips untuk dapat anak bijak atau genius, ajar anak atau bayi tidur mengiring ke kanan ~ sebab jantung yang terletak sebelah kiri akan lebih "lapang" dan "lega" dan mudah berdegup, yakni perjalanan darah sempurna dan otak anak akan berkembang pesat Bagi anak-anak yang dah azalinya active atau hyper-active, kurangkan atau jangan pakaikan baju warna orange ~ sebab warna ini boleh merangsang secara aktifnya tindak tanduk anak, dia akan lebih nakal, sentiasa bersemangat waja dan exuberant.
Tatacara didik diri sendiri
Amalkan apa-apa yang baik dan juga amalan-amalan baru selama 21+ hari berturut-turut ~ Rasullullah (saw) bersabda, sesuatu amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari terus menerus, akan menjadi tabiat. Kalau tak, ilmu itu akan mati.
Buang segala rasa hasad dengki, dendam dan lain-lain yang negatif ~ emosi-emosi ini akan membenarkan otak mengeluarkan adrenaline, cortisone dan toxine secara berlebihan. Ini boleh membawa kepada beberapa penyakit seperti cepat letih, wajah cepat nampak tua, selalu sakit perut dan sebagainya.
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur . Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya. Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan t ida k berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah. Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. “Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?” Dia terkejut dan wajahnya berubah. “Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya “Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?” ” Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.” Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….” Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.
"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."
"Sekiranya seorang manusia dipanggil sebagai seorang penyapu sampah, dia harus menyapu sama sepertimana Michelangelo melukis atau Beethoven memainkan muziknya, ataupun Shakespeare menulis puisinya. Dia harus menyapu dengan begitu baik sekali sehingga semua yang terdapat di syurga dan dunia akan berhenti dan berkata disinilah tempat tinggal seorang penyapu sampah yang paling hebat, yang telah melakukan kerjanya dengan baik sekali."
"Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya."
"Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia." ~ Richard Brinsley Sheridan
"Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi." ~ Confucius
"Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di atas batu dan memulainya sesudah tua seperti menulis di air."
"Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan."
Ramai orang menghadapi rasa gemuruh dalam diri. Terutama bila berhadapan dengan seseorang. Gemuruh datang dengan sendirinya. Namun selalunya gemuruh datang apabila situasi yang dialami mungkin juga belum pernah dalam kehidupan seseorang seperti gemuruh bila berhadapan dengan orang yang bergelar audien untuk pengucapan awam.
Sebahagian yang pula gemuruh apabila berhadapan dengan orang lain untuk tujuan-tujuan tertentu seperti appoinment, meeting atau dengan kata lainnya gemuruh untuk berkomunikasi dan bersosial dengan orang lain. Rasa gemuruh ini wujud kerana pelbagai perkara. Kedudukan status, pangkat dan juga latar belakang akademik sedikit sebanyak akan memberikan rasa gemuruh kepada seseorang.
Tetapi rasa gemuruh seumpama ini adalah normaluntuk manusia. Bermakna kita sebenarnya mampu untuk melatih diri agar rasa gemuruh ini dapat dikurangkan. Bahkan jika dilatih dengan sebaik mungkin sudah pasti sikap negatif ini dapat dihilangkan terus dari dalam diri kita.
TIP-TIP HILANGKAN GEMURUH
Personaliti yang meyakinkan
Sememangnya personaliti dan imej yang kemas dan meyakinkan akan memberikan keyakinan untuk anda berhadapan dengan sesiapa sahaja yang bakal anda berbual. Setiap manusia diberikan satu sifat oleh Allah SWT yang akan menilai orang lain dari perspektif luaran. Maka penampilan adalah sangat penting dan amat mempengaruhi diri untuk menjadi gemuruh atau tidak sewaktu memulakan perbualan dengan orang lain.
Sensitif dengan topik semasa
Ramai orang gemuruh kerana tidak tahu cara untuk memulakan perbualan. Apabila kita sensitif dengan topik semasa maka tidak sukar untuk kita mulakan perbualan kerana semua orang juga tahu untuk mengembangkan perbualan dengan topik yang kita mulakan. Tetapi anda akan lebih yakin sekiranya anda buat sedikit ‘homework’ seandainya orang yang bakal anda temui mempunyai latar belakang yang sedikit cerewet.
Jangan menyentuh isu peribadi
Perlu diingat andai anda mula selesa dalam perbualan anda, jangan sampai ter’over’ untuk mengetahui hal-hal peribadi teman bual kita melainkan dia sendiri yang memulakan cerita (untuk luahan perasaan). Maka ketika ini anda boleh terus mendengar dengan empati terhadap apa yang diceritakan.
Gaya bahasa yang tersusun
Dalam berkomunikasi dengan orang lain, gaya bahasa amat penting untuk menarik fokus teman bual terus berbual dan berkomunikasi dengan anda. Lebih-lebih lagi dalam situasi seperti pengucapan awam berbentuk pembentangan, syarahan, ceramah agama atau mungkin juga ceramah motivasi. Keindahan bahasa yang digunakan akan memberikan keyakinan audien untuk terus mendengar dengan teliti apa jua yang bakal disampaikan oleh anda kepada audien anda.
Senyuman dan bahasa tubuh yang ikhlas
Tidak dapat tidak keikhlasan memberikan senyuman adalah sebahagian cara untuk membina keyakinan diri seterusnya menghilangkan rasa gemuruh dalam diri anda. Senyuman yang ikhlas sebenarnya menunjukkan keikhlasan anda dalam memulakan perhubungan komunikasi dengan sesiapa sahaja yang anda temui. Begitu juga bahasa tubuh yang natural dan tidak dibuat-buat menunjukkan bahawa anda ikhlas dalam mendengarkan penjelasan yang diberikan kepada diri anda.
Hari ini merupakan ulang tahun kelahiranku. Usia semakin meningkat dan adakah ia akan mematangkan aku untuk menghadapi kehidupan yang masih panjang dan penuh dengan onak dan duri. Aku bertekad dalam diri bahawa pada tahun ini aku perlu berubah dan mengecapi apa yang diinginkan dan tidak mahu menghadapi kekecewaan seperti sebelum ini. Aku perlu berusaha dengan lebih kuat dan gigih lagi jika inginkan perubahan dalam hidup. Mampukah aku? Itulah yang menjadi persoalannya. Tidak mustahil bagi aku untuk mengecapi kejayaan jika orang lain mampu melakukannya. Kenapa tidak aku? Aku mesti yakin dengan diri sendiri dan tidak boleh memandang ke belakang lagi. Aku tahu aku perlu kuat dan tabah dalam menempuh hari-hari yang mendatang tanpa perlu gentar......
Terima kasih buat teman-teman yang wish besday pada aku n tq so much untuk shu,aimi dan dira kerana lakonan yang kurang mantap tapi still ok untuk mengenakan aku tadi. Lakonan anda boleh diperbaiki...heheh.. Cuba lagi di lain masa ye kawan-kawan. Korang nak pecah perut tadi sebab lakonan aimi tak. jadi.....hahhaha..Lau apa pun terima kasih sekali lagi kerana ade niat nak mengenakan aku....hehehE
Tiba-tiba aku teringatkan ibuku di kampung halaman. Sungguh besarkan pengorbanan seorang ibu terhadap anak-anaknya. Adakah anak-anak mampu untuk menjaga, menyayangi, berbakti kepada ibu setelah dewasa kelak. Ikuti satu kisah pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya.
Masa usia setahun , ibu suapkan makanan dan memandikan kita. Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam. Saat usia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain. Kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil tertawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil. Ketika usia 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh kasih sayang.Kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan. Masuk usia 4-5 tahun, ibu belikan pensil warna dan pakaian. Kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding dan bergolek atas lantai kotor. Saat usia 6 tahun, ibu memimpin tangan kita ke Tadika.Kita ucapkan terima kasih dengan menjerit," Tak mahu! Tak mahu !". Ketika usia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola, kita ucapkan terima kasih dengan memecahkan cermin rumah jiran. Setelah usia 8-9 tahun, ibu menghantar kita ke sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan ponteng sekolah. Di usia 10-11 tahun, ibu menghabiskan masa sehari suntuk dengan kita, kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dan asyik bermain dengan kawan. Menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian menutup aurat, kita ucapkan terima kasih dengan memberitahu bahawa pakaian itu ketinggalan zaman. Ketika menjangkau 18 tahun, ibu menangis apabila tahu kita di terima masuk universiti , kita ucapkan terima kasih dengan bersuka ria bersama kawan-kawan. Menjelang usia 20 tahun, ibu bertanya apakah kita ada teman istimewa, kita katakan,...." itu bukan urusan ibu. Setelah usia 25 tahun, ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan perkawinan kita, ibu menangis dan memberitahu bahawa dia sangat sayangkan kita, tanda kita ucapkan terima kasih dengan pindah jauh darinya. Ketika usia 30 tahun, ibu menelefon memberi nasihat mengenai penjagaan bayi, kita dengan megah berkata,... " itu dulu , sekarang zaman moden ". Ketika usia meningkat 40 tahun, ibu menelefon mengingatkan tentang kenduri di kampung, kita berkata, " kami sibuk...tak ada masa nak datang ". Menjelang usia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya. Kita bercerita tentang kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban bagi anak anak. Dan kemudian suatu hari...kita mendapat berita ibu meninggal, khabar itu mengejutkan.... dalam linangan air mata, segala perbuatan terhadap ibu muncul dalam ingatan satu persatu.... Saat di taman kanak-kanak, ibu menghantar hingga masuk ke dalam kelas,ibu perlu menunggu di sebelah sana. Aku tak peduli sebanyak manapun pekerjaannya di rumah, aku tak perduli hujan, panas atau rasa bosannya ketika menunggu. Aku senang ibu menungguku sampai lonceng berbunyi. Setelah besar, aku sering meninggalkannya bermain dengan teman-teman dan berseronok.Tak pernah aku menemani ibu ketika sakit, ketika ibu
memerlukan pertolongan aku tak pernah ada. Masuk alam remaja, aku sering merasa malu berjalan bersama ibu. Pakaian dan dandannyaku anggap kuno dan tak serasi dengan penampilanku. Bahkan sering kali aku sengaja mendahuluinya berjalan satu dua meter di depannya agar orang tak menyangka aku bersamanya... malu!.. Padahal ibu yang menjagaku sejak kecil, tak pernah memikirkan penampilannya, tak pernah membeli pakaian baru , apalagi perhiasan baru untuknya tapi ibu gunakan untuk membelikanku pakaian yang bagus-bagus agar aku kelihatan cantik. Ibu mengangkat tubuhku ketika aku jatuh, membasuh luka di kaki dan mendekapku erat-erat saat aku menangis. Mulai masuk di Intitut pengajiaan tinggi, aku makin jauh dengannya. Aku pintar dan cerdas sering kali menganggap ibu orang bodoh dan tak mengerti apa-apa. Ibu yang ku anggap bodoh, tak berwawasan , tak mengerti apa-apa, dan bukan orang berpendidikan, doa di setiap sujudnya, pengorbanan dan cintanya tak pernah terhenti sedetikpun untuk anak-anaknya. Semua kenangan itu muncul satu persatu di fikiranku. Dalam linangan air mata yang sudah terlambat, terus mengalir kedukaan dan penyesalan. Dan anda sekarang yang masih mempunyai ibu disamping jangan menjadi seperti aku....seperti ku dulu, memilih untuk memberikan perhatian padanya nanti,tapi sudah terlambat. Benar bahawa kasih Ibu kepada anaknya tak terbatas.....pengorbanan ibu jika dihitung takkan terbalas oleh seorang anak..
Semoga apa yang terkandung dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada anda yang mengunjungi blog saya. Ini merupakan satu perkongsian yang tidak seberapa untuk membantu anda dalam menempuh kehidupan. Segala kekurangan yang terdapat dalam blog ini saya memohon kemaafan dan pembaikan akan dilakukan dari semasa ke semasa.
SEMOGA KITA SEMUA MENJADI INSAN YANG BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT
Seorang yg mempunyai cita-cita untuk menjdi seorang kaunselor cemerlang dan menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Sekarang meneruskan pengajian di UPSI dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling.Seorang yang simple,hepi go lucky, suka melancong dan berkenalan.Menjadikan ibu bapa sebagai penggerak semangat dalam menempuh segala dugaan kehidupan.
remaja sekolah dan realiti dalam pembacaan ..
-
Assalamu a'laikum ...
segala puji dan puja buat yang selayaknya, tiada lain kepada ALLAH jua
sehala syukur di junjung :)
semuga sentiasa kita dalam li...
welcome back....hehe
-
*hello everyone....lama sudah sy menyepi dari dunia blog ni sampai password
pun terlupa..entah apa mimpi hari ni sy teringin untuk membuka blog
ni..semua n...